Balu Abam & Ali Puteh Naik Mahk4mah, Berbalas Sam4n

Ramai pasti menyangkakonflik membabitkan keluarga arw4h Abam bersama balunya sudah pun selesai. Namun rupanya sebaliknya pula terjadi apabila dilaporkan sudah pun naik ke m4hkamah hari ini, (rabu)

Memetik laporan Astro Gempak, Ali Puteh mengakui yang dia ada mengeluarkan sam4n terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Selain Ali selaku plaintif ke-4 , 3 lagi plaintif difahamkan ialah ibunya , ayahnya juga kakak sulungnya dan sebutan k3stersebut sudahpun berlangsung di m4hkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi.

Jelas Ali, dia mengambil keputusan tersebut sebagai tindakan balas memandangkan kakak iparnya telah bertindak meny4mannya terlebih dahulu

“Pihak mereka mengeluarkan sam4n terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohm4h dan menjadi bahan hin4an masyarakat,” katanya.

Difahamkan Hidayah selaku defendan kedua sewaktu menjawab d4kwaan plaintif mengaku telah membawa tabung berisi duit yang menurutnya merupakan hasil tabungan dia dan arw4h Abam selain membawa empat utas jam tangan arw4h seperti yang pernah dipersoalkan Ali suatu masa dahulu.

Namun Hidayah dilaporkan tidak bertanggung jawab terhadap semua kenyataan yang dibuat Aliff Syukri selaku defendan kedua atau wakil atau ejennya dalam rakaman video yang tular sebelum ini.

“Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan marvah kami yang selama ini dipijak-pijak. Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggung jawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

“Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

“Apapun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kes4t terhadap kami sekeluarga,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*