“Saya Hanya Ibu Tunggal Yg Mencari Rezeki Dengan Menjual Cempedak Goreng Demi Sara Anak” – Hidayah

Terkini, balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu sam4n yang dikeluarkan adik iparnya, Ali Puteh.

Hidayah berkata, dia percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

” Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Hidayah, apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

” Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ali mengaku mengeluarkan sam4n terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan sam4n terhadapnya terlebih dahulu.

Mengaku pindahkan wang RM10 ribu ke akaun anak

Menjawab dakwaan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas did4kwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Hidayah turut mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mend4kwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut plaintif.

Sementara itu, Ali ketika dihubungi Gempak berkata, dia mengambil keputusan meny4man bekas kakak iparnya itu sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan sam4n terhadapnya terlebih dahulu.

” Pihak mereka mengeluarkan sam4n terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

” Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

” Banyak yang kami tanggung akib4t video tersebut.

” Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohm4h dan menjadi bahan hin4an masyarakat,” katanya.

” Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maru4h kami yang selama ini dipijak-pijak.

” Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggung jawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

” Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

” Apapun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kes4t terhadap kami sekeluarga,” katanya.

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*