Serina dapat hak jaga anak perempuan – “Banyak air mata yang mengalir, moga Allah pelihara Tristan Tareef dengan iman”

PELAKON Serina Redzuawan melahirkan rasa syukur apabila hak penjagaan terhadap salah seorang anaknya berpihak kepadanya.

Bagaimanapun, Serina, 37, mengakui sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak lelaki, Tristan Tareef, 10, apabila bekas suaminya diberi hak penjagaan.

Sementara itu anak perempuannya, Isabella Saffiya, 9, akan dijaga oleh Serina.

“Syukur Alhamdulillah selesai sudah k3spenjagaan anak-anak. Tiga tahun k3sberjalan dan banyak air mata yang mengalir serta penyiksaan yang saya tanggung.

“Hari ini m4hkamah dan putuskan anak perempuan dengan saya dan Tristen tinggal dengan daddy dia. Memang sedih terkilan dengan keputusan ini

Perkongsian Serina di Instagram mengenai hak penjagaan anak.

“Apa pun kita kena berprasangka baik dengan aturan Allah. Moga Allah pelihara Tristan Tareef dengan iman yang kuat dan pegang kukuh pada agama Islam. Tak guna bergaduh rebut anak. Ini amanah yang perlu dijaga bersama. Hentikan dend4m semua” ujarnya.

Terdahulu pada pagi Rabu, m4hkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor membuat keputusan mengenai hak penjagaan anak pelakon itu bersama bekas suami, Gavin Edward O’luanaigh, 43 atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Dalam prosiding itu, Serina hadir diwakili Peguam Syarie Datuk Seri Amli Embong manakala Gavin diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

 

Syukur Alhamdulillah selesai sudah k3spenjagaan anak-anak. Tiga tahun k3sberjalan dan banyak air mata yang mengalir serta penyiksaan yang saya tanggung.

SERINA REDZUAWAN

PELAKON

Sebelum ini, Serina memfailkan permohonan untuk mengubah perintah hak jagaan kekal pada 26 Februari 2018 lalu atas alasan antaranya Gavin yang dinamakan sebagai pihak responden tidak mengamalkan hidup secara Islam.

Pada masa sama, Serina juga khuatir anak-anaknya akan dibawa keluar dari Malaysia memandangkan keluarga bekas suaminya itu berada di London.

Pada Julai 2018, m4hkamah sama menolak permohonan Serina untuk mendapatkan hak jagaan sementara dua anaknya itu kerana telah ada hak penjagaan kekal yang dipersetujui bersama sebelum ini.

m4hkamah dalam keputusannya selain itu turut menegah Serina dan Gavin daripada membawa anak-anak mereka ke luar negara walaupun Serina memohon m4hkamah tidak membenarkan bekas suami sahaja membawa anak ke luar negara.

Serina bersama dua anaknya, Isabella (kiri) dan Tristan (kanan).

Perintah itu terpakai sehingga k3sinduk permohonan Serina untuk mengubah perintah berkenaan.

Pada 27 Julai 2017, Serina telah memberikan hak penjagaan kekal dua anaknya itu kepada bekas suaminya itu melalui penghakiman persetujuan berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui bersama.

Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di m4hkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Tristan Tareef, 10 dan Isabella Saffiya, 9.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*