Baru-baru ini viral di media sosial apabila anak kepada Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna Mukhriz (Ally Mukhriz) ditahan polis gara-gara melanggar peraturan PKPP. Kejadian itu menyebabkan ramai netizen mengkritiknya sehingga dia mengambil keputusan untuk nyahaktifkan semua akaun media sosial miliknya.
Terbaru, Ally tampil mohon maaf dan akui berasa kes4l dengan tindakan tersebut.
Akui bersalah
Penjelasan itu dimuat naik di akaun Instagram milik Ally Mukhriz sendiri selepas menjadi bualan hangat netizen. Meskipun berdepan dengan kritikan, cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tampil memberi penjelasan dan memohon maaf. Dia dan suami akui membuat kesilapan besar dengan mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Sambut hari lahir kawan
Menurut Ally, dia dan suaminya ke TTDI adalah untuk meraikan ulangtahun kelahiran sahabat mereka. Namun dia ditahan kerana melanggar peraturan PKPP. Tambahnya lagi, dia dan suami sudah membayar denda dan berterima kasih kepada pihak polis yang menjalan tugas masing-masing dengan baik.
Saya menyesal
Dalam pada itu, Ally memohon maaf kepada semua kerana mengecewakan hati ramai. Dia juga turut menyesal dengan apa yang dilakukan sehingga ke saat ini. Dia turut berjanji akan buktikan menjadi lebih baik dari sekarang.
Sumber : Ally Mukhriz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Sumber: OhBulan
Leave a Reply