[VIDEO] Tindakan Zalim Kumpulan Lelaki Ini Beri Kambing Minuman Keras

Tindakan sekumpulan lelaki yang dirakam memberikan minuman keras ketika sedang berkumpul sesama mereka kepada seekor kambing menimbulkan kemarahan dalam kalangan warganet.

Video pendek kejadian malang tersebut sebelum ini dik0ngsikan Persatuan Haiwan Malaysia di akaun Facebook mereka  bagi mencari maklumat mengenai kumpulan yang bertanggungjawab.

 

 

Video tersebut yang mula dik0ngsikan sejak semalam telah menarik perhatian warganet dan rata-rata berasa marah dengan tindakan kumpulan tersebut.

Bukan saja mengeji perbuatan terkut0k tersebut malah warganet dalam ruangan komen turut berharap agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Berlaku di Malaysia

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Malaysia selepas melihat beberapa petunjuk seperti penggunaan bahasa serta kenderaan yang turut berada dalam video tu.lar itu.

“Paling ketara panggilan ‘hey kambing’ oleh salah seorang lelaki tersebut.

“Memberi minuman keras kepada kambing adalah satu jena.yah kezaliman haiwan berdasarkan diet yang salah dan tidak sesuai untuknya. Ia dianggap satu pengania.yaan.

Justeru pihak mereka dalam hantaran tersebut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu agar tampil menghubungi mereka melalui Whatsapp Hotline Animal Malaysia +601120901097. – Sumber & Video dipetik dari Thev0cket, FB Persatuan Haiwan Malaysia

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Tetikusnetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*