Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Kpd Wan Emir! Ini 20 Foto & Video Majlis Pernikahan

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, 30, dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 8.58 malam

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah

Dalam majlis yang bertemakan Mihrab Cinta itu pihak perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin serta 9 dulang berbalas 11 dulang. Bagaimana pun wang hantaran dirahsiakan.

Antara barang hantaran istimewa Mira kepada Emir merupakan seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran nota pendek.

Pasangan pengantin sedondon memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi, Jumaat lalu.

Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat.

Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad

Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

FOTO MAJLIS PERNIKAHAN MIRA FILZAH :

VIDEO :

SUmber : YOUTUBE TV3

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*