“saya dih4lau dari rumah dan terp4ksa berpisah dngn anak” – Ashira

Penyanyi Ashira mendedahkan hilang punca pendapatan hingga dih4lau keluar dari rumah sewanya sehari selepas mendapat berita layak menyertai Gegar Vaganza 7 (GV7).

Kongsi Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, kepada Gempak, buat masa ini dia menumpang di rumah kakaknya selepas enam bulan gagal membayar sewa sebanyak RM1,200 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kredit foto: IG Hlive/mStar

‬”Sejak PKP kehidupan saya tak berapa baik dan hilang punca pendapatan. Sebelum ini, saya menyanyi di sebuah kelab malam tapi sekarang kan tak dibenarkan buka sebab itu saya tak ada income.

“Saya ada cuba pelbagai cara untuk survive dengan menjual laksa dan tolong kawan berniaga secara online tapi nampak gayanya semua tak menjadi dan saya cuba benda lain juga… buat live di Bigo,” dedahnya.

Kata penyanyi lagu Di Ombak Resah itu, walaupun cukup membayar bil elektrik dan air, tetapi wang yang ada tidak mencukupi untuk menjelaskan sewa rumah.

“Kalau ada duit lebih pun saya boleh bayar dalam RM100 macam itu,” katanya yang diminta memulangkan kunci hari ini (selasa)

Lebih menyedihkan, Ashira yang tinggal berdua bersama anak lelakinya, Megat Shazril Haziq Hadi, 14, selepas bercerai lima tahun lalu terp4ksa berpis4h dengan anaknya itu yang tinggal di rumah kakaknya seorang lagi membuat dia rasa lemah semangat dan hilang keyakinan.

“Nak kata kemurungan, saya tak tahu la tapi ada ketika saya akan tiba-tiba menangis dan terfikir apa kesalahan besar yang saya lakukan sampai diduga sebegini.

“Satu persatu saya ujian menimpa saya. Cikgu sekolah Shazril pula beritahu sejak akhir-akhir ini anak saya nampak seperti tertekan. Dia tak pernah kongsi perasaan dengan saya mungkin sebab dia pendam,” ujarnya yang bimbang anak tertekan dengan situasi dihadapi mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*