Hanez Suraya Dipuji Tak Berkira, Layan Pembantu Rumah Macam Kawan Sendiri

Berkongsikan gambar bersama pembantu rumahnya, rata-rata netizen suka melihat layanan baik pelakon Hanez Suraya terhadap pembantu rumahnya seperti kawan sendiri dan langsung tidak berkira.

Menjawab pertanyaan netizen menerusi Insta Story, Hanez meluahkan rasa syukur dikurniakan pembantu rumah yang baik kerana ada mereka di luar sana bertemu dengan pembantu yang bermasalah.

“Soal maid ni rezeki masing-masing. Kadang-kadang ada yang dapat tak sesuai dengan mereka.Saya bersyukur kerana maid saya sangatlah baik-baik. Bukan nak puji lebih-lebih tapi bersyukur.

“Mereka jaga anak-anak saya dengan baik. Sayang macam anak-anak mereka sendiri.

Itu yang paling saya utamakan. Selebihnya bab rumah mereka tahu kerja mereka,” kongsinya.

Kata Hanez lagi dia mahu pembantu rumahnya selesa dan juga tidak berkira dari segi makanan. Ujarnya lagi, kerja sebagai pembantu rumah memenatkan dan jika kita berbuat baik dengan mereka pasti mereka melakukan perkara yang sama.

“Kita kena layan mereka macam kawan sebab sebab bagi mereka selesa dengan kita.

Kerja mereka penat tau, mana nak jaga anak, nak masak, nak kemas, cuci itu ini. Mereka di sini ada kita sahaja sebagai keluarga mereka.

“Bab makan kita jangan berkira, rezeki kita kongsi bersama. Insya-Allah pasti mereka baik dengan kita,” tulisnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*