B4lu Arw4h Abam Muncul Kembali Buat Sesuatu Setelah Lama Mendiamkan Diri

steri kepada Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali menjelaskan tujuan memiliki kedai sendiri adalah untuk mencari premis yang selesa dan praktikal untuk berniaga berbanding gerai sebelum ini.

Menurut Hidayah, 28, tapak dia berniaga cempedak goreng sekarang ini tidak sistematik malah kurang sesuai untuk membawa anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang masih kecil.

“Saya ambil masa juga iaitu selepas 5 bulan berniaga di gerai dan barulah berjaya buka kedai ini. Mula-mula saya fikir, sampai bila nak berniaga di tepi jalan dengan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu. Kalau hujan lebat, saya tak dapat meniaga sebab tapak itu dinaiki air dan khemah akan rosak. Saya juga kesian pada Hamzah yang terpaksa berpanas dan berhujan.

“Dari situ saya fikir, saya sudah boleh cari kedai. Saya cuba mohon kedai di bawah Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pada bulan Julai lalu. Alhamdulillah, pada bulan Ogos permohonan kedai saya diluluskan. Syukur sangat,” katanya ketika dihubungi Tambah Hidayah, dia dan Abam pernah menyimpan hasrat untuk membuka kedai sendiri namun tidak kesampaian.

“Kedai ini memang salah satu plan saya bersama Abam untuk menjalankan perniagaan di samping dapat mengisi masa lapang. Dan sekarang, tiba masanya untuk saya merealisasikannya.

“Saya ingin berterima kasih pada semua yang sentiasa menyokong saya sehingga ke hari ini. Terima kasih tak terhingga juga pada ahli keluarga yang banyak membantu dan bersusah payah bersama tanpa henti. Saya sangat gembira sebab saya mampu menunaikan impian suami,” katanya lagi.

Sebelum ini, Hidayah berkongsi berita gembira dengan memuat naik foto memegang kunci kedai di Instagram (IG) miliknya.

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tiga bulan. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.

Sumber : Gem pak

Diva Azwan Ali Pergi Gerai Cempedak Balu Abam. Tapi Mengejutkan Ini Yang Diva AA Jumpa Kat Gerai Cempedak Balu Abam. Tak Sangka Benda Tuh Yang Diva AA Jumpa.

SELEPAS lima bulan mengusahakan perniagaan cempedak goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan, isteri Abam Bocey kini sudah mampu memiliki sebuah kedai di Sabak Bernam, Selangor.

Hidayah menerusi laman Instagram berkongsi berita gembira itu dan meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, hari Jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan cempedak goreng Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini. Terima kasih abang Dayah, sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah dan famili tercinta sentiasa doakan serta sokong Dayah.

“Terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MBSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 dengan cepat. Alhamdulillah syukur” ujarnya.

Hidayah atau nama sebenarnya Nor Hidayah Moh Ali, 28, memulakan perniagaan cempedak dan durian goreng sejak April lalu di sebuah gerai tepi jalan secara kecil-kecilan.

DIVA AA TAK DAPAT JUMPA HIDAYAH. Baru baru ini Diva AA atau Azwan Ali telah pergi ke Sabak Bernam dengan niat untuk terjah Hidayah di gerai cempedak nya.

Malangnya tiada rezeki untuk Diva AA kerana beliau telah pergi ke lokasi lama Hidayah berniaga. Diva AA beritahu tidak apa dan pasti satu nanti pasti akan terjah juga gerai cempedak tular Hidayah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : TambahKeju | soyalemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*