Disebabkan Anwar Cuba Rebut Jawatan Perdana Menteri, Pak4r Pelembagaan Mula Bersuara Ini Yang dia Perlu Buat

SHAH ALAM – Hanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang layak menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan kedudukan semasa beliau sama ada masih mempunyai kepercayaan majoriti atau sebaliknya di Parlimen.
Sehubungan itu, tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan sokongan majoriti seperti did@kwa diperoleh beliau telah mengelirukan orang ramai mengenai peranan Seri Paduka Baginda.

<>Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, Seri Paduka tidak berperanan dalam menentukan siapa yang memiliki atau hilang kepercayaan majoriti dalam keadaan tiada kekosongan jawatan Perdana Menteri.

Beliau berkata, sekiranya berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menentukan siapa ahli Parlimen yang mempunyai kepercayaan majoriti dalam dewan.

“Kenyataan Anwar tentang perkenan Yang di-Pertuan Agong mengenai kehilangan majoriti atau jatuhnya kerajaan telah mengelirukan orang ramai dalam konteks peranan Agong berkaitan kehilangan kepercayaan majoriti ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri. Orang ramai jangan keliru kerana Anwar bukan Perdana Menteri.

kalau dulu, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri, sebab itu Agong perkenan untuk Tun Mahathir menghadap Seri Paduka. Kalau tidak, semua orang boleh cakap dia ada majoriti dan mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk jadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Anwar perlu menggunakan saluran demokrasi iaitu Dewan Rakyat melalui usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin bagi membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu telah hilang kepercayaan majoriti.

Mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, katanya, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana menteri hendaklah meletak jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya, Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, katanya, ahli Parlimen yang did@kwa menyokong Anwar boleh tampil beramai-ramai bagi menyatakan pendirian agar Muhyiddin mengakui bahawa dirinya telah hilang kepercayaan majoriti.<>“Kalau Muhyiddin datang kepada Agong serta menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda bahawa beliau telah hilang kepercayaan majoriti, barulah kuasa dan peranan Seri Paduka bermula untuk menentukan siapa yang ada majoriti.

“Kalau ada akaun bersumpah (SD) pun tidak boleh bawa kepada Seri Paduka kerana jawatan Perdana Menteri itu tidak kosong.

“Maknanya Anwar tidak perlu persembahkan kepada Agong. Apa yang perlu Anwar buat, beritahu kepada Muhyiddin tentang keadaan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri dan barulah Muhyiddin boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk letak jawatan atau meminta untuk dibubarkan dewan,” katanya.

SinarHarian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: https://mediabawang.net/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*