Anak Istimewa Ini Kirim Surat Kepada Menteri Agama, Tak Sangka Ini Permintaannya Buat Ramai Sebak

Ramai yang mengagumi ketokohan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sepanjang jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Agama di Malaysia.

Sifat yang penuh ilmu di dada an lemah lembut ini bukan sahaja dicontohi oleh orang dewasa malah dalam kalangan remaja juga. Terbaru, dalam laman Twitter rasminya berkongsi satu pucuk surat dari seorang anak istimewa iaitu Aiman.

Untuk pengetahuan anda, Aiman merupakan seorang anak remaja avtisme yang sangat sayang dan sentiasa menghantar surat perkembangannya pada Dr Zulkifli.

Pagi ini beliau memberikan sepucuk surat kepada saya selepas Kuliah Dhuha Muslimat di Surau Annur, Bandar Baru Bangi. Saya amat terharu dengan kepercayaan dan harapan yang beliau berikan kepada saya.

Kali ini, surat yang ditulisnya sangat menyentuh hati ramai orang terutamanya bagi insan yang terpilih iaitu ibu bapa kepada anak-anak istimewa ini.

“Boleh tak ustaz doakan juga semua ibu bapa yang ada anak istimewa, abang, kakak yang ada autisme dan anak istimewa moga mereka sabar banyak-banyak. Khabar berita gembira bahawa Allah akan balas semua penat lelah mereka. Allah maha Adil.”

Saya doakan anakanda Aiman membesar menjadi anak yang soleh, bijak, dan membanggakan kedua-dua ibu bapa bila dewasa nanti.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri via SK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*