Kurang Tarawan Berlakon, Shaheizy Sam Ditudvh ‘menumpang’ Syatilla Melvin?

PELAKON Syatilla Melvin menyedari terdapat segelintir pihak yang beranggapan perkahwinannya dengan Shahiezy Sam semata-mata ingin menumpang kemewahan aktor tersebut.

Namun Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29, berkata tiada istilah menumpang dalam kehidupan rumah tangga memandangkan dia dan suaminya sentiasa membantu satu sama lain dalam setiap perkara.

Menurut Syatilla, dia percaya rumah tangga akan semakin bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki apabila pasangan suami isteri tidak pernah berkira dalam setiap aspek termasuk soal kewangan.

Syatilla dan tiga adik-beradiknya yang lain kini bergelar jutawan.

“Masa awal-awal orang selalu cakap saya ini seperti nak menumpang Sam tapi sebenarnya kami bergerak seiring. Saya dan Sam pun ada perniagaan sendiri. Kami berdua buat semua sama-sama.

“Sentiasa berbincang sehingga mendapat kata sepakat dan tiada istilah menumpang. Saya percaya kalau kita tolong pasangan kita, masing-masing akan diberikan rezeki.

“Apabila dah jadi suami isteri, kami langsung tak pernah berkira dalam soal duit. Sebab itu Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami,” kata Syatillah kepada mStar.

Kalau mereka nak cakap apa yang mereka nampak saja, terpulang la.

SYATILLA MELVIN

PELAKON

Pelakon drama Sha & Shah itu mendirikan rumah tangga dengan Shahiezy Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 3, dan Samheizy yang kini berusia setahun.

Syatilla mempunyai perniagaan barangan kosmetik Kekasih The Melvins yang diusahakan bersama tiga orang adik-beradiknya iaitu Syifa, Syida dan Syafiqa Melvin.

Malah kejayaan yang dikecapi itu membuatkan mereka berempat kini bergelar jutawan muda dalam masa yang singkat dengan hasil usaha kerja keras.

Berikutan itu, ada juga segelintir netizen yang membuat spekulasi bahawa Shahiezy Sam pula yang menumpang kejayaan isterinya memandangkan pelakon filem Polis Evo itu dilihat kurang mendapat tawaran berlakon lagi.

Syatilla dan Sam mempunyai dua cahaya mata.

Bagaimanapun, Syatilla mendedahkan suaminya kini sibuk menguruskan dua perniagaan dalam satu masa dan kedua-duanya juga berjalan dengan sangat baik.

“Mereka (netizen) mungkin tidak tahu apa yang Sam buat sekarang ini. Dia kini sibuk dengan dua perniagaan yang berjalan dengan baik. Tapi mereka ini sengaja la nak buat spekulasi.

“Sebenarnya perniagaan Sam lagi maju daripada perniagaan Kekasih tapi orang tak tahu dan Sam pun tak akan kongsi benda itu dengan orang.

“Mereka cakap apa yang mereka nampak saja, terpulang la… tapi apa yang ada dalam akaun kita, mereka tak perlu tahu,” ujarnya.

Sumber: MSTAR

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*