Kisah Nana, kucing jantan setia ziarah kvbur tuan

TANAH MERAH: Kasih seekor kucing. Itu yang berlaku kepada Nana, kucing jantan yang hampir setiap hari menzirahi kubvr tuannya, Ab Aziz Ismail, 61, yang men1nggal dunia pada Julai 2018 akib4t komplikasi buah pinggang.

Selain rutin mengunjungi pusara terletak kira-kira lima meter dari rumah arw4h setiap pagi, Nana juga akan menghabiskan masa di atas kereta peninggalan Ab Aziz serta buaian yang menjadi tempat kesukaan arw4h.

Isteri Ab Aziz, Hasnah Che Amat, 68, berkata kucing berkenaan dipelihara mereka sejak enam tahun lalu dan menjadi haiwan kesayangan arw4h sebelum suaminya men1nggal dunia.

“Sepanjang arw4h suami hidup, Nana banyak bermanja dengannya dan lebih tersentuh hati, setiap hari waktu solat Subuh, kucing itu akan setia menunggu arw4h di pagar rumah setiap kali suami ke masjid.

“Itulah rutin Nana setiap pagi dan sebaik arw4h suami pulang, dia akan memberi Nana makan. Mungkin sebab itu hubungan mereka cukup akrab sehinggakan kematian arw4h suami seperti masih dirasai Nana sehingga kini,” katanya ketika ditemui di Kampung Paloh.

Nana yang dipelihara sejak enam tahun lalu dan menjadi haiwan kesayangan arwah Ab Aziz. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Nana yang dipelihara sejak enam tahun lalu dan menjadi haiwan kesayangan arw4h Ab Aziz. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Nana akan menghabiskan masa di atas kereta peninggalan Ab Aziz. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Nana akan menghabiskan masa di atas kereta peninggalan Ab Aziz. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Pesara guru itu berkata, selama 40 hari dari hari kematian suaminya, beliau sekeluarga akan ke kubvr untuk membacakan Yasin, tetapi Nana selalunya sampai terlebih dahulu.

“Di kubur arw4h, Nana akan duduk di bahagian kepala. Bermula dari situlah kami lihat keajaiban kasih sayang Nana dan arwah suami. Malah, sehingga kini setiap pagi Jumaat, kami akan ziarah kubvr, tentu Nana akan sampai dahulu.

“Bagi saya, kucing ini sangat istimewa buat kami sekeluarga dan akan menjaganya dengan baik,” katanya.

Hasnah berkata, dalam tempoh tiga bulan kematian suami, keadaan Nana agak menyedihkan kerana hilang selera makan.

“Namun, keadaannya kembali pulih selepas itu dan Nana banyak menghabiskan masa di atas kereta arwah suami. Sehingga kini, setiap kali saya bercucuk tanam di belakang rumah, Nana akan setia menunggu saya sehinggalah saya naik ke rumah.

“Inilah orang kata, bila kita berbuat baik kepada sesiapa sahaja termasuk haiwan, mereka akan sentiasa mengenang kita,” katanya.

Nana akan turut mengiringi Hasnah yang setiap kali menziarahi kubur Abd Aziz di Kampung Paloh, Tanah Merah. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Nana akan turut mengiringi Hasnah yang setiap kali menziarahi kubvr Abd Aziz di Kampung Paloh, Tanah Merah. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
<class=”field field-featured-image article-image-item”>

Selama 40 hari dari hari kematian Abd Aziz, Hasnah sekeluarga akan ke kubur untuk membacakan Yasin, tetapi Nana selalunya sampai terlebih dahulu. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Selama 40 hari dari hari kematian Abd Aziz, Hasnah sekeluarga akan ke kubur untuk membacakan Yasin, tetapi Nana selalunya sampai terlebih dahulu. – NSTP/Nik Abdullah Nik OmarApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.comSumber : BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*