Wartawan ded4h apa yg pihak UPSI, MPP pernah buat kt mahasiswa masa PKP

SAYA terkejut dengan polemik yang melingkari sdr Ebit Liew, pihak UPSI, MPP etc semua ni.

Setahu saya Ebit adalah seorang tokoh masyarakat yang baik, begitu juga MPP dan pihak pentadbir UPSI.

Saya nak berkongsi pengalaman melihat sendiri bagaimana kerja keras pihak pentadbir UPSI dan MPP yang berganding tenaga menguruskan penghantaran ribuan siswa dan siswi mereka pulang ke kampung halaman terutama yang nak pulang ke Sabah dan Sarawak waktu awal2 PKP dulu.

Gambar yg disertakan ini sewaktu proses tersebut berlangsung. Kebetulan saya berada di situ kerana terlibat dalam satu rakaman dokumentari di universiti berkenaan.

Bukan mudah.

Mereka urus student2 ini daripada hostel, rumah sewa sampailah semuanya selamat sampai ke pangkuan keluarga tersayang.

Malah beg-beg student2 ni pun disanitasi dan pergerakan mereka diiring dengan patrol car hingga ke airport. Macam menatang minyak yang penuh istilahnya.

Sementara nak tunggu proses selesai, setiap student dibekalkan dengan makanan, jajan etc supaya mereka tidak lapar…malah di saat nak naik bas untuk ke airport pun, dibekalkan makanan untuk ‘alas perut’ sekiranya lapar dalam perjalanan dr Tg Malim ke KLIA.

Kesihatan jangan ceritalah. Setiap seorang, sebelum keluar melangkah keluar pintu UPSI, diperiksa A to Z sebab punyalah nak pastikan student2 ini tidak mempunyai masalah bila kembali ke pangkuan keluarga.

Paling saya salute, budak2 MPP nilah yang susah payah buat semua ni dgn kerjasama doktor, bomba, PDRM etc untuk bantu rakan-rakan mereka dengan pertolongan daripada staf2 universiti sendiri.

So bila jadi polemik ini saya tertanya2 mana silapnya.

Saya rasa semua ini berpunca daripada masalah komunikasi atau salah faham antara satu atau dua pihak yg terlibat.

Ini kerana saya yakin saudara Ebit mempunyai niat yang baik untuk membantu.

Pada masa yg sama saya rasa pihak Universiti dan MPP pun mempunyai niat yang sama.

Ada baiknya isu ini tidak dipanjang2kan lagi kerana ia tidak membantu dalam usaha membantu siswa siswi yang terkandas.

Artikel mcm ni mungkin tak menarik untuk dibaca, tetapi saya terpaksa tulis kerana merasakan kita perlu ada suntikan rasional dalam membahas isu yang timbul dan tidak dipengaruhi emosi yg tak terkawal.

Ini pendapat sayalah. Pandangan orang lain mungkin berbeza.

Wallahualam.

 

 

kredit: Syahril A Kadir

Dalam pada itu, Adibah Noor juga ada mengulas isu yang sama

“Bila dah termalu sebab tak secekap orang lain yang segera hulurkan bantua, deme mula halang dengan” prosedur”, SOP, permit, lesen, kebenarzn, as if those solve the problem” tulis Adibah Noor

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : trending sgt

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*