Shuib Mengaku Dipanggil SPRM. Sekali Mak Dia Datang Komen, ‘Sedih Bila Anak Yg Sy Kndung 9 Bulan 10 Hari…’

” Salam Jumaat, Alhamdulillah syukur.. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri.

” Saya dipanggil untuk membantu si1asatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam si1asatan.

” Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes. Doakan perniagaan BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang..”

Demikian hantaran ditulis pelawak Shuib Sepahtu di Instagram beliau selepas dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung isu penggubahan wang hram dan Macau Scam.

Difahamkan nama Shuib terpalit sekali selepas individu yang menjalankan aktiviti Macau Sc4m tersebut mahu ‘halalkan duit hram’ mereka dengan membuat kerjasama (franchise) BubbleBee milik Shuib.

Susulan posting Shuib tersebut, rata-rata rakan artis tampil memberi sokongan dengan menitipkan kata-kata serta doa kepada Shuib dan isterinya, Siti Sarah.

Namun terdapat juga segelintir warganet yang mengec4m serta menudvh Shuib turut sama terlibat dalam aktiviti penggubahan wang hram meskipun beliau hanya dipanggil memberi keterangan.

Mak Shuib bersuara

Terkesan dengan kata-kata kec4man warganet, emak kepada pelawak itu tampil bersuara.

Menggunakan nama Amy Salmi di Instagram, emak Shuib tampil membela anak dan menantunya dengan menulis komen memberi penjelasan menerusi posting Shuib tersebut

” Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar. Biarlah apa pun yang orang nk kutvk anak menantu saya..

” Saya ibu yang mengandungkan dan melahirkan Shuib, saya tahu siapa anak saya..

” Biar semua orang membenci pun, dia tetap anak saya yang baik taat pada suruhan Allah, taat kepada seorang ibu..dan saya tahu anak saya macam mana.

” Berani kerana benar.. tak terbang dek sanjungan. Tak tumbang dek kejiian. Allah sentiasa ada bersama kita.

” Kalau tak tahu apa-apa belajar lah jaga pertuturan kita.. dosa dengan Allah, Allah sentiasa membuka pintu kemaafan. Tetapi jika dosa dengan manusia, faham-fahamlah sendiri..

” Untuk anak menantu ku.. bertabahlah dengan segala dugaan yang dihadapi..pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

” Bukan semua orang suka melihat kita bahagia… berhati hati selalu…mama sayang kamu Shuib dan Siti Sarah,”

Sementara itu, komen emak Shuib itu turut mendapat reaksi balas warganet lain di mana ada yang bersimpati dengannya dan ada juga yang mempers3nda kata-katanya.

Sedih bila anak saya yang kandung 9 bulan 10 hari dihiina

” Tak apa lah, biarkan saja dan serahkan segalanya pada Allah..hanya Allah maha mengetahui. Setiap solat saya tidak pernah berhenti berdoa agar anak mnntu saya dijauhkan dari perkara yang mungkar…

” Semoga anak menantu saya sentiasa diberikan pertunjuk ke jalan yang diredhai Allah..hidup bukan untuk dunia sahaja..

” Saya sentiasa tabah melalui perjalanan hidup menjadi ibu kepada seorang anak yang brgelar artis.

” Tapi sebagai manusia biasa saya juga punyai perasaan. Dan sedih bila anak saya yang kandung 9 bulan 10 hari dicerca dihiina sesuka hati.

” Sebelum terbukti dia lakukan kesalahan.. Hebat betul kuasa mulut dan lidah yang tidak bertulang dan jari melakukn dosa…

” Terima kasih pada yang mrnghiina semoga hidup kalian sentiasa di berkati Aamin, ” akhiri Salmy

Sebelum itu heboh mengenai penahanan seorang lelaki berpangkat Datuk Seri dan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam kes penipuan sindiket atau ‘macau scam’.

Dikatakan, lelaki berpangkat Datuk Seri itu adalah ketua atau bos yang selama ini menjalankan aktiviti ‘macau sc4m’ dan sangat dikenali dalam kalangan selebriti tanah air dan menjalani kehidupan serba mewah.

Sumber : https://www.asiakini.com/2020/10/06/mak-shuib/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*