Kisah kronologi isu wang hram yang menyebabkan Siti Sarah, Shuib & Fara Mendoza dipanggil SPRM..

12 Kronologi

1)1, Oktober- Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.- Utusan Malaysia

2)Syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah Raissuddin sekadar menemani suaminya- BHOnline

3)Pelakon kontroversi Fara Mendoza mengakui telah memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram, malam tadi. Fara memberitahu perkara tersebut menerusi paparan Instagram (IG) Storynya sebaik sahaja selesai disoal siasat. “Alhamdulillah, saya tak bersalah, syukur. Hari ini 1/10/2020 saya telah dipanggil hanya untuk memberi kerjasama,” tulisnya. Menerusi ruangan sama, Fara turut menyebut tentang kemewahannya di laman sosial IG yang menjadi pertikaian warganet. “Akaun dibekukan, apa d0sa saya? Rumah digeledah, HP (handphone) diserahkan. Semoga semuanya dipermudahkan.- Gempak

4)2, Oktober- Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 36, menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi meluahkan rasa syukur apabila proses tersebut berjalan lancar. “Alhamdulillah, syukur. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri. Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA.“Terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan’. SinarPlus

5)Lima individu termasuk seorang berpangkat Datuk telah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya- MalaysiaGazettte

6)3, Oktober- Dalam pada itu portal Utusan pula melaporkan SPRM kini sedang mengawasi pergerakan beberapa orang selebriti tanah air yang dikatakan mempunyai kaitan dengan individu terbabit. “SPRM bagaimanapun belum memanggil kesemua mereka memandangkan siasatan lanjut sedang dijalankan. “Selain pasangan suami isteri selebriti, SPRM juga ada memanggil seorang usahawan kosmetik kelmarin untuk membantu siasatan,” katanya kepada Utusan.- BuzzKini

7)Akaun Facebook parodi Dato Addy Kana dihujani pengikut-pengikut social media yang ingin mendapatkan infomasi terkini mengenai suspek-suspek. Sebuah video sambutan Hari Jadi telah mendapat jumlah kongsi lebih 8,000. “Jom kite goyang2 dulu… see my level?? Goyang2 dulu dgn hasil penat lelah kita kebas duit pencen orang2 tua. Duit simpanan orang2 muda…”.- Dato Addy Kana (Facebook)

8)4,Oktober- Akaun Instagram Viral Kini mendedahkan sekurang-kurangnya 10-15 artis tempatan disyaki terbabit dalam penyucian wang haram.- @Viral_Kini_

9)Pengacara TV Iesya Toh didalam sebuah statusnya berkata, ada individu yang telah digertak dan menyeru supaya PDRM agar telus dan amanah menjalankan siasatan.- @Iesya Toh

10)5, Oktober- Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi berkata, ramai pihak yang mahu menjadikan artis dan selebriti sebagai rakan kongsi tetapi dalam masa sama perlu menjaga keselamatan supaya tidak dipergunakan.”Artis yang ingin menjalankan perniagaan perlu teliti dan siasat dahulu siapa rakan niaga atau pihak yang mahu suntik dana. “Kita tahu ramai yang mahu bekerjasama menjalankan perniagaan dengan artis. Tetapi kadang-kadang kita tak tahu siapa sebenarnya mereka terutama jika berurusan dengan orang tengah,” katanya kepada Harian Metro.

11) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 750 akaun membabitkan nilai RM75 juta milik sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah. Menurut sumber, selain itu rumah dan kereta mewah milik lapan individu yang ditahan sebelum ini turut disita bagi membantu siasatan. “Sebanyak 24 kereta mewah di mana lima milik lelaki bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket ini turut disita SPRM. “750 akaun milik ahli perniagaan yang terbabit dalam sindiket terbabit termasuk akaun selebriti disita susulan siasatan SPRM akaun itu terbabit dalam pengubahan wang haram,” katanya ketika dihubungi malam ini.-Harian Metro

12)Terkini: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu hasil siasatan dakwaan kegiatan pengubahan wang haram dilindungi pegawai atasannya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata jika dakwaan itu benar, pihaknya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya.”Kita menunggu apa juga laporan yang bakal dikongsikan oleh SPRM berhubung perkara itu. Abdul Hamid berkata, beliau memandang berat kes rasuah dan penyelewengan membabitkan pegawai dan anggota PDRM-BHOnline

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Mediabawang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*