“Penj4ra M0hon Bantvan Ebit, Tapi Ramai Pers0al Menteri KDN.” Ini Penjelasan Penj4ra Malaysia

Jabatan P3njara Malaysia berharap tidak ada mana-mana pihak mempolitikkan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh pendakwah bebas, Ebit Liew kepada Penjara Alor Setar dan Pokok Sena bagi tujuan yang boleh memu-daratkan maksud asalnya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan beberapa pihak yang membidas Kementerian Dalam Negeri di media sosial berhubung kemampuan kerajaan membantu jabatan tersebut sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak ketiga.

Selain itu, wartawan senior Syahril A.Kadir  juga mencetuskan persoalan yang sama mengenai kecekapan Menteri KDN sekarang

“P3NJARA dah sampai kena minta bantuan kat Ebit Lew???Dah teru-k sangat Menteri KDN ni. Abah Din elok passing jawatan tu kat orang lain sajelah kalau dah sampai macam ni”

Jangan politikkan bant-uan Ebit Liew – P3njara Malaysia

“Jabatan P3njara mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Ebit Liew yang tampil membantu dan memberikan sumbangan kepada pihak p3njara atas semangat kesukarelaan.

“Jabatan P3njara sentiasa mengalu-alukan kerjasama sebegini bagi meringankan beban kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 yang melanda institusi penjara.

“Oleh demikian, pihak jabatan berharap agar isu ini tidak dipolitikkan bagi tujuan yang boleh memudaratkan maksud asalnya,” kata jabatan berkenaan.

Ia turut memberi jaminan bahawa pihak pengurusan penjara sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap hal ehwal kebajikan warga jabatan yang berada di bawahnya.

“Pihak jabatan sangat bersyukur dan bernasib baik kerana terdapat pelbagai pihak badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan yang tampil menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk membantu penjara yang terkesan dengan permasalahan ini,” katanya.

Menurut jabatan penjara, sumbangan dan bantuan itu adalah amalan dan kerjasama biasa dijalin di antara pihak jabatan bersama NGO atau individu persendirian yang sering tampil membantu.

Semalam, Liew memaklumkan di Facebook bahawa dia mendapat surat daripada ibu pejabat Jabatan P3njara Malaysia dan P3njara Pokok Sena yang memohon bantuan buat warga p3njara dan mereka yang dikuarantin di situ.

Susulan itu, pendakwa bebas itu mengusahakan sumbangan barang keperluan untuk 200 orang yang dihantar melalui lori.

Ini termasuk 200 tilam; 200 bantal, tuala dan cadar; 10 biji kipas; 2,000 keping penghadang muka (face shiled); dan barangan makanan dan barangan asas.

Liew turut mendoakan kes3lamatan dan kemudahan urusan buat warga Penjara Pokok Sena dan Penjara Alor Setar, serta penduduk Sabah.

“Kita semua sebuah keluarga.

“[…] Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan di sana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” katanya.

“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat dari Penjara HQ dan P3njara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin. Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. Kita semua sebuah keluarga.

Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas.

Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran.

Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama- ebitlew

Sebelum ini, Jabatan P3njara Malaysia berkata, sejak dua hari lalu, sebanyak enam pusat tah4nan merekodkan kes Covid-19, iaitu P3njara Alor Setar, Pokok Sena, Tawau, Pulau Pinang, Pusat Koreksional Kamunting dan Penjara Wanita Kajang.

Lebih 1,200 kes membabitkan tahanan, kakitangan, dan keluarga kakitnagan direkodkan di pusat tah4nan.

Sebilangan besar kes di Kedah adalah dari kluster berkenaan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber : Trending Sangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*