Ramai Tak Percaya, Shuib Dedah Ada Orang Sab0taj Bisnes Sampai Kena Pecat

Siapa sangka, pelawak terkenal iaitu Shuib Sepahtu yang dahulu kehidupannya sangat lah susah sama seperti rakyat marhaen yang lain.

Namun sejarah mengubah hidupnya apabila menyertai program lawak Raja Lawak Musim Ketiga sekali gus diangkat sebagai juara.

Dan sejak dari situ kerjaya Shuib mula meningkat naik sehingga kini mampu bergelar usahawan berjaya.

Selain daripada berlakon dan menjadi penyampai radio, Shuib juga giat mengusahakan perniagaan minuman berasaskan madu iaitu Bubble Bee.

Disebalik kejayaan ini, Shuib sempat berkongsikan pengalaman hidupnya dahulu yang pernah tinggal di dalam rumah usang.

Beberapa hari lalu, pelawak tersebut ada memuat naik rakaman video di saluran YouTube ketika berkunjung ke rumah lamanya.

MEMBESAR DARI UMUR 8 BULAN SEHINGGA 17 TAHUN

Shuib membawa peminat melihat keadaan rumahnya itu yang terletak di Batu 5, Perak di mana tempat dia membesar sejak umur 8 bulan sehingga lah menjejak usia 17 tahun.

Menurut Shuib, pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tinggal di situ. Namun..

Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan.

Rumah tersebut sudah pun tidak berpenghuni kerana tiada siapa yang ada untuk menguruskannya.

Dapat dilihat masih ada cebisan pelekat doa yang ditampal oleh arwh neneknya di dinding rumah menambah lagi rasa sebak penonton.

Melihat kepada reaksi netizen, ramai memuji sikap rendah diri yang ada pada Shuib yang tidak pernah lupa pada asal usulnya.

Biarpun sudah mencapai kejayaan berlipat ganda.

NETIZEN CADANG UBAH SEBAGAI HOMESTAY

Dalam pada itu, ada pihak yang mencadangkan agar Shuib mengubah rumah lamanya itu agar dijadikan sebagai rumah tumpangan atau pun homestay.

Jelas mereka sayang jika dibiarkan ianya tidak berpenghuni dan dimamah anai-anai.

Konklusinya, untuk berjaya dalam hidup bukan lah perkara mustahil.

Semoga kisah Shuib mampu menjadi inspirasi buat kita semua agar terus berjuang dalam ekonomi masing-masing.

VIDEO PENUH:

Bangun Solat Tahajjud Setiap Hari & Rajin Bersedekah, Rahsia Rezeki Shuib Sentiasa Mengalir Deras

Dalam satu posting oleh Imam Muda Asyraf mendedahkan bahawa insan ini nampak biasa tetapi sebenarnya amalan beliau sangat luar biasa.

Menurutnya sejak bertugas sebagai DJ di sebuah radio dan perlu bangun ke konti seawal jam 4 pagu.

Jadi Shuib tidak melepaskan peluang solat Tahajjud hampir setiap hari.

Bukan itu sahaja, malah Surah Al-Waqiah menjadi amalan beliau.

Tidak cukup dengan itu, Shuib juga dikatakan hampir setiap pagi bersedekah menjamu makan tidak kira sesiapa sama ada Pak Guard, Cleaner.

Doa Imam Muda Asyraf juga agar sahabatnya ini sentiasa istiqamah dan terus dimurahkan rezeki.

Niat datang nak COD… Tapi kena tazkirah dengan Shuib

Sebahagian orang, amalan baik mereka terlalu jauh ke dalam mereka sembunyikan…

Insan yang saya kenal ini sejujurnya nampak biasa-biasa.

Tapi mungkin tak ramai yang tahu amalan beliau yang luar biasa… .

Semenjak bertugas sebagai DJ radio yg terpaksa pergi ke konti studio seawal 4 pagi.

Beliau tidak melepaskan peluang untuk solat tahajud hampir setiap hari..

Surah al-Waqiah menjadi amalan beliau..

Bahkan hampir setiap pagi beliau tidak melepaskan peluang bersedekah jamu makan tak kira siapa samada Pak Guard, cleaner dll setiap awal pagi..

Istiqamah hingga hari ini. Murah rezeki beliau… .

Ini antara apa yg sy dapat tahu dari org rapat beliau.. @shuibsepahtu @aisyasyraf_hq

Shuib Sepahtu Dedah Ada Sabotaj Bisnes Sampai Kena Pecat

Banyak yang cuba sabotaj dan baru-baru ini, ada yang buat lagi. Mungkin orang nampak saya fragile (rapuh), senang-senang boleh viralkan.”

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu mendedahkan ada pihak cuba mensabotaj perniagaan Bubble Beenya.

“Individu terbabit cuba berkomplot sebab tidak berpuas hati dengan saya.

“Saya bayar gaji, awak ikut kerja. Kalau betul saya l4nggar peraturan ya, saya salah.

“Tapi, selagi saya mengikut Akta Buruh yang ditetapkan sebagai majikan, saya tidak takut kalau tak salah,” katanya dipetik dari Gempak.

Berikutan kejadian, Shuib memutuskan untuk memecat individu terbabit kerana merugikan syarikatnya.

“Saya tak boleh bertoleransi lagi dan apabila melibatkan orang dalam yang cuba menjatuhkan saya, terpaksa saya buang,” katanya.

Terdahulu, Shuib mendedahkan menerima tawaran pangkat ‘Datuk’ dari sebuah negeri.

Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenarnya, atau Shahmira Muhamad masih memikirkan untuk menerima kurniaan darjah kebesaran berkenaan.

Sama ada bersetuju atau sebaliknya, juara Raja Lawak musim ketiga itu masih mempertimbangkannya.

Pelawak yang juga usahawan berjaya itu berkata, mereka hanya menunggu persetujuan daripadanya.

“Sejujurnya, saya mengaku ada menerima tawaran darjah kebesaran dari sebuah negeri.

Kami sudah berjumpa untuk berbincang mengenainya, tetapi ada beberapa faktor yang perlu dikaji sebelum bersetuju menerima gelaran berkenaan.

“Mereka kini hanya menantikan jawapan saya. Jika bersetuju, mereka akan masukkan nama saya dalam senarai penerima.

Sebenarnya, saya masih dalam dilema, saya ada bertanyakan pendapat orang lain termasuk pihak pengurusan dan rakan terdekat.

“Ada yang kurang bersetuju sekiranya saya menerima tawaran ini memandangkan saya masih bekerja sebagai penyampai radio Hot FM.

Saya sendiri sebenarnya sukar membuat keputusan, sama ada sesuaikan saya memikul tanggungjawab membawa gelaran Datuk walaupun mereka memberitahu saya sudah cukup kriteria,” katanya kepada BH Online.

Suami kepada penyanyi, Siti Sarah Raisuddin itu berkata, dia melihat gelaran berkenaan mampu memberi kelebihan kepadanya dalam beberapa perkara sebagai ahli perniagaan, apatah lagi, kerap bertemu dengan ramai usahawan berpengaruh.

“Melihat sudut perniagaan, saya rasa perlu mempertimbangkan perkara ini.

Saya selalu menghadiri mesyuarat dan berbincang urusan perniagaan bersama usahawan yang kebanyakannya bergelar Datuk Seri dan Datuk, ada kala ia membuatkan saya berasa janggal.

“Mungkin dengan adanya gelaran ini, saya menjadi lebih yakin ketika berurusan dengan usahawan lain.

Bagaimanapun, saya harus mempertimbangkan dengan mendalam, sebelum membuat keputusan menerima gelaran ini,” katanya.

Siti Sarah Kongsikan Apa yg Shuib Buat Selama ini Sehingga Rezeki Melimpah Deras

Baru-baru ini, Siti Sarah memuatnaik sebuah video di Instagramnya bersama suaminya, Shuib Sepahtu dan berkongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah. Bagus tips tu, Sarah. Sis setuju!

Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yg tak pernah kami duga

Alhamdulillah… antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah ..

Suami kene bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!!

Ibu yg melahirkan awak ..Kalau bagi sejuta sebulan pon belom cukup untuk bayar balik..sewa yg awak pernah duduk dalam perut ibu ..

Jangan kedekut dengan isteri .. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas..

Tapi isteri pon jangan lah ambil kesempatan pada suami ..

Isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan.

Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi.

Ada seringgit kita belanja seringgit sama2 ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama2.

Isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. tampa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak.

Janganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu..

Sumber : lamanmaya | BH

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*