“Sebelum makeup Mira Filzah, lepas makeup Hannah Delisha…”

Siapa yang tak kenal dengan kedua-dua pelakon jelita ini iaitu Mira Filzah dan juga Hannah Delisha yang sering menjadi buah mulut orang ramai terutamanya peminat-peminat mereka. Baik Mira Filzah mahupun Hannah Delisha, kedua-duanya memiliki rupa paras yang cantik dan menawan.

Pada beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @nanashiiee dimana terdapat seorang wanita yang kelihatan sedang bersiap. Menerusi Tweet berkenaan, wanita itu telah melakukan solekan ke atas dirinya.

Namun begitu, wanita tersebut telah menjadi perhatian ramai apabila dia dikatakan persis seperti Mira Filzah ketika sebelum makeup dan serupa Hannah Delisha apabila selesai makeup. “Mira filzah + hannah delisha. How luckyyy”, kata salah seorang warga netizen yang meninggalkan komen di ruangan akaun terbabit.

Rata-rata warga netizen berasa kagum setelah melihat video berkenaan di samping memuji kejelitaan wanita terbabit. Posting yang berdurasi selama 10 saat itu telah meraih tumpuan ramai sehingga menerima sebanyak 229 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.
“Mira Filzah + Hana Delisah…”

“Sekali pandang macam Mira Filzah..”

Untungnya jadi cantik…”

“Macam mana ek rasanya jadi cantik tanpa makeup dan dengan makeup?”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Satkoba Viral

Sumber:Tehtarik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*