“kalau sudah tak ada jalan lain, kami bersedia…” – Syamsul Yusof

OBSES terhadap kerja mungkin menjadi salah-satu punca kepada kemelut rumah tangga pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof dengan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul ketika ditemui mengakui dia obses terhadap kerja dan Sarah adalah isteri yang baik.

“Saya gil4 dengan kerja. Saya sendiri pun tak tahu apa masalah saya sebab saya akan sentiasa mencari kerja. Setiap benda datang dengan harga yang perlu dibayar. Tuhan beri kejayaan untuk filem dan karya muzik saya, tapi ada benda yang saya perlu perbaiki.

“Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan rumah tangga kami. Doakan yang terbaik,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan Sarah yang dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pertengahan bulan lalu, Syamsul tidak menafikan dan kedua-dua mereka sedang mencari jalan terbaik.

Isteri Ke Pejabat Agama Untul Perbaiki Hubungan

“Semua tahu Sarah ada ke sana (pejabat agama). Mungkin kalau sudah tak ada jalan lain, kami bersedia untuk mendapat khidmat nasihat serta kaunseling untuk memperbaiki rumah tangga kami.

“Saya nak tenang-tenang, tapi macam-macam benda berlaku dan terbaru, isu fitn4h oleh YouTuber dan ugvtan pula,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai kehadiran Sarah di pejabat agama ditemani wanita yang did4kwa sebagai ibu mentuanya.

Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, Sarah sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram. Begitu juga di Instagram Syamsul yang mana kali terakhir dia memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala bersama Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Anak Isteri, Di Anc4m

Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof menerima mesej berbaur ugvtan dan anc4man terhadap dirinya, anak dan isteri di Instagram daripada individu tidak dikenali.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, berkata, mesej dihantar individu yang menggunakan akaun bernama itu agak keterlaluan kerana ia melibatkan maruah dan keselamatan keluarganya.

“Belum reda kes YouTube itu, timbul lagi kes saya menerima ugvtan berbentuk anc4man. Sebenarnya sebagai selebriti, saya sudah biasa menerima komen negatif dan kata-kata ugutan.

“Tapi kali ini melam-pau kerana melibatkan mar-uah, keselamatan anak dan isteri. Saya dapat daripada DM (direct message) bernama Velvetblack. Selain peminat,hate-rs ada juga menghantar mesej kepada saya tapi saya tidak ambilport

“Saya tak pasti orang tu hantar sejak bila tapi malam tadi baru saya menyedari mesej tersebut. Saya tidak tahu agenda dia samada dia musuh atau tidak. Tetapi benda itu sudah melampau sebab itu saya ambil tindakan ini, ” katanya

Syamsul ditemui ketika sidang media selepas dia membuat laporan polis terhadap akaun tersebut di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Selasa.

Anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini turut ditemani dua orang penguam dari Tentuan Saiful, Roger & Co iaitu Aizul Rohan Anuar dan Saiful Dzulhelmi Zulkifli.

Menerusi laporan mStar pada 29 September lalu, Syamsul meluahkan rasa berang apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur fitn4h sebuah saluran YouTube.

Tampil menerusi satu rakaman video di Instagram, Syamsul dengan nada marah berkata penggunaan tajuk dengan maksud kononnya dia berlaku cur4ng terhadap isteri, Puteri Sarah adalah fitnah.

Menerusi video itu Syamsul turut menunjukkan muat naik saluran YouTube Cabik Geronong dengan tajuk ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Cur-ang dengan Puteri Sarah.

Dalam pada itu, pelakon dan pengarah filem Munafik ini menegaskan dia akan terus mencari individu di sebalik akaun itu bagi mencari penyelesaian jika ada perkara-perkara berbangkit melibatkan dirinya.

Syamsul juga mengajak individu tersebut berdepan dengannya secara bertentang mata tanpa perlu melibatkan anak dan isterinya.

“Saya dah nekad no more Mr Nice Guy Saya perlu pertahankan diri dan akan cari siapa yang membuat ugvtan ini kepada saya. Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa saya depan-depan.

“Tak perlu melibatkan anak dan isteri. Saya mati pun tak apa, anak jangan sentuh. Saya tidak mahu menudvh mana-mana pihak kalau tiada bukti. Sebelum ini, saya pernah menerima mesej daripada akaun yang sama pada awal tahun ini.

“Kali ini saya menyedari mesej itu sebab ada berbaur ugutan dan anc4man. Saya ada balas mesej tersebut namun selepas itu, akaun itu dinyaktifkan, ” ujarnya.

Dalam pada itu antara kandungan ugutan itu berbunyi:Jangan fikir anak dan bini kau selamat sekarang. Aku tahu mana kau tinggal dan mana anak kau sekolah. Bini kau aku follow hari2 B**I, S*** kau Samsul.

Jangan ingat kau dah kaya kau boleh lepas. Siap kau, gambar fake photoshoot aku buat kasi viral satu Malaysia. Senang je nak jahan4mkan famili kau.

Sebelum ini desas desus mengenai keretakan rumah tangga Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana mula tersebar apabila mereka dipercayai hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, baru-baru ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Sumber : trendingsangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*