Usahawan kosmetik popular Datin Rita Sosilawati memberi bayangan bahawa dirinya mahu hamil lagi selepas ini biarpun sudah dikurniakan empat cahaya mata.
Menurut Rita atau nama sebenarnya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 35, dia hanya akan berhenti melahirkan anak sekiranya dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan.
Perkara itu dikongsikan anak kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya itu menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Geram betul dengan baby Aisha @fashasandha adan @itsaidilaziz nie. Rasa nak gigit-gigit jer.
“Doakan sis lepas ini dapat baby girl (bayi perempuan) tau. Amin ya rabbal alamin. Lepas itu sis akan umum sis ‘tutup kilang’,” katanya.
Dalam hantaran tersebut, Rita turut berkongsi gelagatnya ketika sedang mendukung anak Fasha Sandha.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar impian Rita untuk menimang anak perempuan lagi termakbul.
Rita mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khamarulzaman Mohammad Hanafiah pada 4 Disember 2011.
Pasangan tersebut kemudian dikurniakan empat cahaya mata iaitu Kaisar Raees, 8, Khalid Rashad, 7, Khaylila Rafaahiyah, 5 dan Khalil Rizqullah, 3.
Foto: Instagram Rita Sosilawati
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Sumber : Gempak
Leave a Reply