Terb4tuk-B4tuk Ketika LIVE , Netizen Minta Dr Noorhisham Berehat Buat Giliran Ketika Sidang Media.

 

Kuala Lumpur: Keadaan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang ada ketikanya terbatuk mendapat simpati warganet ketika beliau mengadakan sidang media Cvid-19 harian di Putrajaya hari ini.

Ramai warganet daripada kira-kira 15,000 yang mengikuti sidang media langsung di Facebook (FB) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam ruangan komen mendoakan kesihatan Dr Noor Hisham.

Noor Hisham yang berpakaian kemas sut lengkap bertali leher dan memakai pelitup muka berwarna hitam dilihat segelintir warganet seperti kepenatan.

Antaranya pemilik akaun Hamizan Pajar: “Kesian dato (Dr Noor Hisham), betul-betul penat tu, besar sungguh pengorbnan dato dan semua barisan hadapan, terima kasih untuk semuanya. Semoga semua barisan hadapan dilindungi Allah SWT, korang memang terbaik.

Bagi Md Noor Hussin pula tulisnya di ruang komen: “Diharap KKM buat giliran untuk DG (Dr Noor Hisham) semasa PC (sidang media dengan para media. Kesian weh…tengok dato DG dah keletihan! Sama-sama kita berdoa agar Cvid-19 ini reda.”

Antara komen lain ialah, Mat US: “Penat dah sebut kita jaga kita…kesian TSDH.” Nona Karim: “Tengok muka DG penat, cian.”

Bagi pemilik akaun Haniff Klang beliau meminta Dr Noor Hisham menjaga kesihatan kerana rakyat memerlukannya yang dianggap hero.

Carrie Soon pula komen: “Dr betul-betul jawab soalan, dan beri cara serta jawapan yang berguna walaupun kerja dah banyak…you are the best.”

Bagi pemilik akaun Miza Rasmi katanya: DG Noor Hisham cakap seboleh-bolehnya duduk di rumah jika tiada perkara penting.

Mapatan Sudin juga komen serupa iaitu mengulangi nasihat Dr Noor Hisham, kalau nak 100 peratus tidak terjngkit, duduk di rumah.

Tetapi ada juga yang bergurau dengan membida pelitup muka dipakai Dr Noor Hisham seperti pemilik akaun Mohamad Syahir tulisnya ‘Lock mask Tan Sri’

Dalam sidang media itu, Dr Noor Hisham hari ini berkata, jumlah kes baharu harian Cvid-19 di Malaysia mencatatkan 865 kes dan menjadikan angka keseluruhan sebanyak 21,363 kes.

Angka terbaharu hari ini menunjukkan kes melebihi 800 adalah untuk tiga hari berturut-turut.

sumber : hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*