‘Macam Pondok Kecil Sahaja, Tiada Elektrik & Tiada Tandas’ – Ustaz Ebit Bantu Keluarga Susah Di Kedah

 

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi sebuah kisah mengenai sepasang suami isteri yang hidup dalam keadaan susah bersama tiga anak mereka.

Lebih menyedihkan, keluarga ini hanya tinggal di sebuah pondok kecil yang tiada elektrik dan tandas.

Sayu rasa hati dah malam macam ni dari Penang ke Kedah. Sepasang suami isteri susah bersama 3 anak. Seorang oku. Tinggal rumah tiada elektrik dan tiada tandas. Macam pondok kecil sahaja. Tiada peti ais. Tiada mesin basuh. Ada satu katil single jer. Lagi sayu kerusi roda anak dah rosak. Pondok sangat kecil tapi bersih kemas je. Tiada langsung perabot.

Rumah ini atas sumbangan orang kampung. Mereka dapat pertolongan jkm rm300 sebulan. Abang ni kerja bawa lori. Tapi gaji hari. Selalu tiada trip. Jadi tiada gaji. Tak terfikir waktu kita tidur lena di rumah ada kipas aircond. Selesa. Ada orang tinggal begini. Hari tu jumpa rumah macam ni dekat Sabah. Kali ini dekat semenanjung pula. Allahuakbar.

Doakan walau hujan lebat malam kita usahakan cari rumah baru untuk dipindahkan. InsyaAllah saya akan bayar sewa. Doakan ya.

Menurut Ustaz Ebit, dia berpeluang melawat sepasang suami isteri bersama tiga orang anak mereka. Tambahnya, salah seorang anak pasangan itu merupakan orang kelainan upaya (OKU). Bercerita mengenai keadaan rumah pasangan tersebut, Ustaz Ebit memberitahu mereka tinggal dalam sebuah pondok kecil yang tiada elektrik dan tandas.

Syukur sayu rasanya. Bila akak ni menangis sampai rumah baru dan hadiah ini. Kami pun sama-sama rasa nak menangis. Terima kaseh yer ustaz. Macam mimpi je semua ini tak terfikir pun nak dapat macam ni. Kami sarapan di Kuala Lumpur belum sempat makan lagi. Lepas selesai ni baru rasa nak makan.

Walau ditengah malam hujan terus kami pindahkan keluarga ini. Syukur dah lewat malam dapat hadiahkan rumah lebih selesa untuk tinggal. Best syukur rasa dapat bagi kerusi roda baru pada adik istimewa ini. Rumah 2 tingkat. Tadi rumah buluh gelap tiada elektrik air. Dalam masa 1 jam dapat rumah, kerusi roda,peti ais, mesin basuh, katil queen, katil single 3, kipas,dan barang dapur serta duit belanja.

Satu je setelah selesai ini. Rasa puas dan sangat bersyukur. Senyuman air mata pada wajah kakak ni. Mungkin doa adik kecil ini. Doa mak ini. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah.

Sebak melihat keadaan keluarga tersebut, Ustaz Ebit telah mencari rumah baru dan hadiah buat mereka sekeluarga. Jelasnya lagi, keluarga ini gembira dan bersyukur sebaik sahaja menerima bantuan daripadanya.

Sumber: Ustaz Ebit Lew via Ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*