Ada First Class Degree & Bisnes Sendiri, Ini Penampilan Terkini Anak Gadis Pelakon KUZA

 

Melihat kecantikan Nik Puteri Nur Nazihah Zamrim ini mengingatkan penulis kepada rupa paras menawan pelakon popular Kuza. Tidak dinafikan anak gadis ini sememangnya mewariisi kejelitaan milik ibu tersayang. Biarpun Kuza atau nama penuhnya Tengku Sariza Tengku Muzani sudah meniti usia 47 tahun pada 23 September lepas namun dia kekal kelihatan anggun. Malah, aktres cantik ini juga masih aktif mewarnai industri seni tanah air.

Pertama kali bertemu dan mengenali ibu anak cantik tersebut adalah sekitar tahun 2015 ketika mereka digandingkan sebagai penghias muka depan Nona Edisi Hari Ibu. Lima tahun sudah berlalu namun pesona anak perempuan Kuza atau selesa disapa dengan gelaran Puteri ini tetap memiikat. Apatah lagi dengan statusnya sebagai anak selebriti, pasti ramai yang ingin mengenali Puteri dengan lebih dekat.

Sepanjang mengenali Puteri, gadis berusia 25 tahun ini disifatkan seorang yang sopan, ramah dan bercita-cita tinggi. Baru sahaja menamatkan pengajian di Kolej Universiti Poly-tech Mara (KUPTM) tahun lepas, pencapaian Puteri dalam bidang akademik juga cukup membanggakan apabila dia menerima First Class Degree dalam bidang komunikasi korporat!

Dalam pada itu, Puteri kini sibuk menguruskan perniiagaan berasaskan produk rambut dan penjagaan kulit, Eunoiaa. “Berbisnes ni dah lama dari umur 19 tahun. Tapi macam-macam dah cuba dari jual baju preloved, jual kasut, jual baju retail, sekarang keluar produk sendiri iaitu sabun dan produk rambut sebab saya minat dan guna product ni sendiri. Mulanya idea nak ada produk skincare sendiri tu lepas Puteri alami jerawat yang sangat teruk. Macam-macam dah cuba tapi tak jadi.

Sudahnya, Puteri create brand skin care sendiri khas yang tak ada alcohol, warna dan bau. Puteri juga nak create next skincare line yang tak ada bau, warna dan alcohol… pertama di Malaysia. Doakan inshaAllah soon akan ada produk baru menyusul. Setakat ni sabun untuk jerawat sahaja. Untuk rambut, Puteri sedar ramai yang pakai macam-macam produk untuk rambut tapi tak jadi. Jadi Puteri ambil keputusan deal dengan supplier yang supply barang dari luar negara dengan menggunakan formulasi Jepun yang berkualiti, menjadi dan murah.

Puteri dapat idea untuk buat produk rambut waktu PKP hari tu. Dengan adanya produk macam tonic yang diimport dari luar negara, mist, syampu dan mask rambut seperti ini, pelanggan bukan je mampu buat treatment rambut sendiri di rumah tapi lebih menjimatkan dan boleh buat berkali-kali.”

Dalam kesiibukan mengurus bisnes, Puteri bagaimana pun tidak sesekali mengabaikan soal kecantikan diri. Tidak hairanlah Puteri mempunyai kulit wajah sihat dan mulus. Ditanya petua atau rahsia kecantikan yang diamalkan, ini jawapan jujur Puteri.

“Tip untuk sihat, saya percaya kena kurangkan minum air manis. Sebaliknya lebihkan minum air kosong. Pada saya, makanan bergula boleh buat nampak berusia. Apa-apa pun, cantik tu subjektif. Semua orang sebenarnya cantik. Yang paling penting kalau dalaman sihat, luaran pun mesti nampak cantik. Selain itu, saya juga akan pastikan setiap hari saya dapat tidur yang cukup iaitu 8 jam.”

Sebagai anak selebriti, Puteri mengakui tidak terlepas menjadi perhatian masyarakat. Bagaimana pun, dia enggan terlalu memikirkan status tersebut dan menjalani kehidupan seperti biasa asalkan ibu tersayang mengetahui rutin harian yang dilakukan.

Kuza, ibu Puteri Nazihah
Ketika majlis pertunangan Puteri Nazihah
Bersama tunang yang juga rakan baik Puteri

“Susah juga, kadang-kadang ada sesetengah mereka yang double standard. Tapi in a positive and negative way, dua-dua pun ada. Puteri lebih minat macam jadi orang biasa dan kurang expose ibu sebab tak nak orang tahu sangat. Lagipun, Puteri tak pernah terfikir untuk ikut jejak ibu sebagai pelakon sebab saya sedar tak ada bakat dalam seni,” ujarnya lagi.

Pada 6 September lalu, Puteri selamat melangsungkan pertunangan dengan rakan baiknya. Majlis yang diadakan serba sederhana itu bagaimana pun belum memutuskan lagi tarikh sebenar untuk majlis perkahwinan mereka memandangkan situasi Covid-19 yang masih melanda. Puteri merupakan anak kedua daripada tiga beradik iaitu abangnya Nizam Firdaus kini berusia 26 tahun sementara adik perempuannya pula, Puteri Nadia berumur 15 tahun.

Kredit foto: Instagram Puteri Nazihah & Kuza

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*