Terbang Ke Perth, Zahirah MacWilson Bakal Sambut Kelahiran Cahaya Mata Pertama Di Australia

 

Pasangan selebriti iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mengambil keputusan untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka di Perth, Australia. Zahirah berkongsikan perkara itu melalui IG Story menyaksikan dia bersama suami berada di dalam penerbangan untuk pulang ke Australia.

Jumpa tahun hadapan

Menerusi IG Story yang dikongsikan Zahirah, difahamkan pasangan ini sepertinya akan menetap lama di Australia sehingga melahirkan cahaya mata pertama mereka. Zahirah turut memohon doa dari pengikutnya untuk memudahkan urusan sepanjang fasa kehamilan dan proses bersalin nanti.

Selamat tiba

Namun bagaimanapun, Zahirah akan sentiasa berkongsikan perkembangannya bersama Aiman sepanjang berada di sana. Tambahnya, bukan sesuatu yang mudah untuk dirinya meninggalkan segala kenangan. Dia percaya akan takdir dan perancangan yang terbaik dari Tuhan.

Perlu kuarantin 14 hari

Zahirah turut berkongsikan perkembangan kes Covid-19 yang melanda negara itu. Katanya, sudah kira-kira 6 bulan Australia tiada kes positif melibatkan rakyat tempatan.

Menurut Zahirah lagi, pihak berkuasa Australia juga telah menutup pintu sempadan sehingga bulan April 2021 kecuali buat mereka yang memegang pas Visa, kerakyatan Australia, hal kecem4san atau urusan perniagaan sahaja dibenarkan masuk ke negara itu.

Bagaimanapun, pasangan selebriti ini tetap perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari walaupun keputusan ujian saringan mereka adalah negatif.

Sumber: Zahirah Macwilson

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

 

Sumber: OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*