MASIH ingatkah anda video tular memaparkan dua kanak-kanak cilik yang begitu petah berpantun?
Kali ini, Raja Muhammad Mikael, 5 dan kakaknya, Raja Farhana, 7, sekali lagi mencvri tumpuan apabila berpantun mengenai krisis poliitik di Malaysia tatkala kes C0v1d-19 terus memuncak.
Bapa dua kanak-kanak itu, Raja Faizul, 41, mengakui pantun berkenaan membawa mesej mengenai situasi semasa negara dan berharap semua pihak terbuka hati menerima teguran berkenaan yang disampaikan dalam cara halus dan berhemah.
“Ia merujuk kepada situasi sewaktu C0v1d-19, ada orang poliitik hangat berbalah sana-sini.
“Kami sampaikan mesej, manalah tahu orang politik boleh dengar, terbuka hati. Ini bukan niat nak kutvk, ini nasihat umum.
“Kita luahkan luahan hati menerusi bahasa seni. Selalunya orang kutuk dengan bahasa kas4r, kita tak nak macam tu.
Aksi Raja Farhanan (kiri) dan Raja Muhammad Mikael mencvri perhatian ramai di media sosial.
“Biar ada nilai murni. Kita sebagai orang Melayu, nak tegvr dengan kata-kata murni dari pantun. Bahasa yang lembut untuk tegur,” ujarnya kepada mStar.
Menurut Raja Faizul, pantun itu dirakam pada Rabu dan kedua-dua anaknya mengambil masa kurang 24 jam untuk menghafal skrip berkenaan.
Jelasnya lagi, dia terharu apabila video yang dikongsi turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Alhamdulillah tiada yang kecam. Ini pun sekadar pantun santai-santai, InsyaAllah mudah untuk diterima semua.
RAJA FAIZUL
“Saya rasa terharu bila Raja Permasuri Agong kongsi video itu menerusi Instagram milik baginda.
“Bila dah sampai kepada baginda sendiri, saya harap lebih ramai yang akan dengar pantun berkenaan.
“Proses rakaman juga agak muda, sebab Mika dan kakaknya dah terbiasa. Hafal skrip pun tak sampai sehari,” ujarnya lagi.
Menurut Raja Faizul, dia turut bersyukur apabila rata-rata komen yang diberi cukup positif.
Posting oleh Raja Faizul yang terharu dengan respon baginda berhubung penularan video dua anaknya.
“Alhamdulillah tiada yang kecam. Ini pun sekadar pantun santai-santai, InsyaAllah mudah untuk diterima semua.
“Setakat ini tiada yang kutuk-kutuk walaupun pantun itu ada selit mengenai poliitik,” ujarnya.
Video pantun itu bukan sahaja tular di Instagram, malah turut tersebar luas di media sosial yang lain sehinga menerima puluhan ribu tontonan.
Sumber:Dedah
Leave a Reply