Bila mak mertua yg sarungkan, ramai pandang pelik. Setahun xdisentuh, akhirnya aku nekad

 

Hi semua, namaku Yani, lingkungan pertengahan 20an. Maaf andai confession ni aku biasa-biasa. Aku sendiri pernah alami rasa Aromantic dari aku kecik sampai remaja. Ianya takde minat atau keinginan romantis.

Aku takde perasaan sesama sejenis, bila tengok perempuan atau lelaki yang rupawan, aku cuma rasa kagum dan iye kan, cantik juga, hensem juga. Camtu je.

Aku dulu sekolah campur, jadi aku berkawan dengan lelaki dan perempuan. Cuma kawan perempuan tak banyak yang nak rapat sebab aku ni bukan jenis hipster macam dorang. Aku hanya buat hal aku je.

Bila beberapa kawan lelaki cakap sukakan aku, aku macam blur kejap. Siap tanya kenapa suka aku?

Kebanyakan akan kata sebab muka aku lawa la, ada yang kata macam nina iskandar la. Aku rasa pelakon tu lagi lawa la. Pendek kata, aku terpaksa tolak baik baik sebab aku rasa biasa je.

Tapi biasa la, ada sorang kawan aku ni jenis tak putus asa. Duan namanya, dia cuba banyak kali ambil hati aku, bawa aku pegi makan macam macam. Sebab dia tahu aku tak suka bunga atau coklat.

Dia tahu aku boleh happy dengan cara bawa aku pergi makan makanan yang kenyangkan perut aku.

Tiap kali kawan kawan aku tengok dia belanja aku, topapkan aku, bukakkan pintu kereta, payungkan aku masa hujan sedangkan dia basah kuyup sebab tak nak berlaga bahu dengan aku, dorang akan cakap dia romantis.

Even pada aku, aku tak minat. Dia usaha ambil hati family aku pulak. Belikan mak ayah aku macam macam. Dia pandai borak dengan abang dan adik lelaki aku, kira senang nak ajak sembang, cuma aku je yang payah.

Mak aku tak habis habis keluarkan ayat,

“Kalau camni la perangai kau Yani, keluar pergi kenduri pun tak nak pakai baju kurung, berseluar je memanjang, mak tak rasa ada orang nak kahwin dengan kau..”

So bila Duan dah stabil kerja, dia melamar aku. Aku selamba cakap aku setuju kalau dia berani menghadap family aku. Cam biasa la, memang dia berani.

Kami bertunang dan kahwin pada tahun 2016. Aku sangat pasti masa tu aku kahwin hanya sebab nak buktikan kat mak aku yang aku laku even pakaian ala boyish. Tak macam perempuan lain, feminin. Cuma aku ada rasa takut, takut aku dah mainkan perasaan Duan.

Kami bertunang 2 bulan sebelum tarikh nikah. Dalam tempoh tunang, akulah yang banyak bagi dia dugaan. Tiap kali Duan ajak aku keluar untuk beli barang hantaran, kerap aku bagi alasan malas. Atau terpulanglah nak beli apa, aku ikut je.

Aku tahu jauh kat sudut hati aku, aku macam pergunakan dia. Tapi sebab ego aku nak tunjuk jugak kat mak aku yang aku perempuan sejati dan boleh kahwin, aku sanggup terima Duan. Kesian Duan.

Duan ni ada rupa. Kalau nak aku bandingkan, macam Shukri Yahya. Macam aku cakap, aku rasa kagum je. Lebih lebih nak ke arah cinta tu macam zero.

Aku tak tahu lah Duan perasan atau tak sikap aku yang pelik ni. Sampailah sehari sebelum hari pernikahan kami, aku tekad nak beritahu Duan, aku ni belum wujud cinta untuk dia. Takut dia terkam aku malam pertama, aku pulak bukak muay thai, tak pasal je.

Duan cakap takpe, dia akan bagi aku masa sampai aku betul betul bersedia. But what if the time will never come?? Allah je yang tahu perancanganNya.

Aku ingat lagi masa akad nikah, selesai je dia lafaz, dorang panggil sesi batalkan air sembahyang. Sarung cincin dengan gelang. Aku cakap, minta mak dia sarungkan. Semua orang tengok aku pelik.

Pastu, bila bergambar depan masjid ramai ramai, cameraman cakap, “Rapat sikit la pengantin!”. Aku rasa nak lempang je. Dengan Duan nak pegang tangan aku, aku cakap, “eh, jangan la.” Kat situ mungkin dia dapat teka.

So bila dah kahwin, aku perasan dari aromantic, aku dah jadi as3xual, kurang daya tarikan s3xual, keinginan rendah dan aku takde lakukan aktiviti inti1m. Malam pertama aku tidur awal lepas isyak. Dia takde kejut, malam seterusnya pun camtu. Mungkin dah mengerti.

Kami ni duduk serumah, aku masih okay setakat dia minta aku salam tangan dia sebelum pergi kerja tu ada la. Cuma aku geli part tengah masak, dia pelvk dari belakang, pangg aku bagi sedas dengan tangan siap bersabun sebab tengah basuh pinggan.

Aku ni takde pun kisah pelik pelik masa kecil a.k.a tr4uma gangguan s33xual ke apa ke. Cuma aku memang camni. Aku tahu aku tak patut buat kat suami aku camtu. Kadang aku termenung sorang sorang.

Aku bertudung, jaga sembahyang, puasa sunat wajib semua lengkap. Tapi tulah, aku doa minta Allah jadikan aku isteri yang tunaikan hak suami. Cuma ni jela masalah aku, macam robot. Apa guna bini ada rupa tapi layanan kat suami tu takde.

Aku mula fikir, kena luah kat someone, mungkin kat kakak aku? Sebab dia asyik tanya aku bila nak ada anak. Dia sampai bisik kat aku, “kau ni kak Tii tengok, macam belum kena sentuh je, kau okay tak?”

Aku diam. Iyekan tak, tidakkan pun tak. Lepas luah, dia sarankan aku supaya banyak tengok ceramah jaga keharmonian rumahtangga.

Setiap hari aku tengok ceramah camtu. Aku selalu doa minta Allah bantu aku jadi isteri yang baik. Aku tak nak suami aku terasa hati dengan aku even Duan kata takpe, aku tahu dia terpaksa je tahan.

Mau tak, dari Oktober 2016 aku kahwin dengan dia, sampai Oktober 2017 dia tak pernah paksa aku untuk ‘bersama’. Dia nak urut tangan, bahu aku, semua dia minta izin. Dah 1 tahun aku kahwin dengan dia, tapi hidup dia tak macam ada bini.

Aku ni boleh jadi tempat dia luah rasa letih kat tempat kerja, chef untuk dia, tapi aku tak boleh jadi ‘bini’ dia. Dia kata dia boleh sabar. Dia pun banyak berpuasa untuk jaga diri dia.

Aku tahu kadang dia terpaksa tadah telinga dengar mak dia cakap nak cucu sebab dia anak tunggal. Dia senyum je sambil minta mak dia doakan dia dengan aku dapat anak. Aku macam, krik krik krik..

Dah lama kahwin, sampai bila aku nak buat dia camtu kan. Aku tekad lepas hadir banyak majlis agama. Memang terkesan sangat. Allah takkan ubah nasib seseorang tu unless dia sendiri tekad nak berubah.

Sebab dari aku baca artikel kat internet, Duan ni ada semua ciri ciri yang perempuan lain idamkan. Tak merkok, ada rupa, jaga solat, baik dengan keluarga sendiri dan mertua. Kalau aku tak berubah, aku yang akan dapat sengs4ra.

Awal awal dulu, aku punya bengong sampai aku rasa nak carikan dia bini nombor dua je supaya batin dia terjaga. Siap aku suarakan kat dia. Teruk aku kena mar4h, dia tanya aku,

“Yani ingat, abang ni jenis kahwin sebab nak buat benda tu je ke?? Tergamak Yani..” Aku diam.

Pastu, aku muhasabah diri. Aku cuba dapatkan rasa cinta tu wujud dulu, baru boleh ke next level. So dari as3xual, ke demis3xual. Aku ni, kalau takde cinta, memang tak jalan hubungan suami isteri. Ke laut.

Caranya, setiap hari aku ingat benda benda manis yang dia buat kat aku. Aku pandang cermin, aku senyum, aku cakap dengan diri aku, aku sayang suami aku, banyak kali. Boleh jadi ucapan tu doa yang akan termakbul.

1 hari tu, aku plan candle light dinner. Saje aku bawa dia pergi restoran mewah sikit. Mula mula dia tak nak, sebab dia suka lagi kalau aku yang masak lebih terjaga kebersihan.

Tapi bila aku cakap,

“Yani nak minta izin, cuba nak bercinta dengan Duan”.

Dia senyum dan akur. Masa tengah makan, dia tanya aku,

“Maaf kalau abang tanya, ada patah hati masa bercinta ke sebelum ni?”.

Aku jawab, “tak pernah bercinta pun, so takde”. Kami sambung makan.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku minta nak pegang tangan dia. Dia bagi, siap cakap terima kasih. Selalunya Duan sembahyang berjemaah dekat masjid berdekatan, tapi malam tu kami berjemaah.

Lama aku kucup tangan Duan, aku minta maaf, minta ampun atas d0sa aku sebagai isteri dia setahun tak tunaikan nafkah batin. Duan kata, “takpe, takde apa nak dimaafkan, terima kasih ya Allah, lama mana pun abang sanggup tunggu”.

Aku menangis tersedu sedu. Dia nak panggil aku, ‘sayang’ lepas ni, aku angguk. Kami berjemaah berlanjutan sampai hampir sebulan, kemudian wujud cinta yang Allah hadirkan dalam hati aku untuk Duan.

1 tahun lebih dia bersabar dengan aku, banyak kali dia tanya aku malam tu, yakin ke yang aku dah betul betul cintakan dia? Dan aku buktikan dengan benarkan diri kami untuk ‘bersama’ untuk pertama kalinya.

Memanglah kekok, tapi sekurangnya kurang rasa beban dalam diri aku seperti sebelum sebelum ni.

Okay lah, dah panjang aku menaip ni. Dipendekkan cerita, aku ditakdirkan hamil dan bersalin pada hujung 2018. Sekarang anak sulung aku dah nak masuk 2 tahun, aku ditakdirkan ham1il lagi tahun ni, 2020. Doakan aku mudah bersali1n ya.

Doakan juga aku dan suami kekal berjodohan hingga ke Jannah inshaa Allah. Moga diluar sana yang belum bertemu jodoh, ditemukan jodoh kalian.

Cinta itu indah kalau kita usaha mencari dan bersyukur punya pasangan yang memahami. Aku syukur sangat Ya Allah, aku doakan moga pembaca di luar sana yang alami nasib sama macam aku, akan temui kebahagiaan. Bye bye.

Reaksi Warganet

NuRaz Wan –

Rasanya, bila cinta tidak wujud dalam perkahwinn, penawarnya, ialah kasih sayang dan ambil berat.. Kalau pasangn yang tidak dicintai tu, benar benar tunjukkn sayang, ambil berat dan sedia bersabar. Apa lagi kalau sanggup memberi pengorbanan. Lambat laun, cinta akan hadir.

Tapi, walau pasangn sudah bulatkn tekad untuk bersama mengharungi badai dalam bhtera rumhtangga, kalau pasangn tidak menunjukkan kesungguhan.. Cinta yang memang cuba dicari dan dipupuk itu, takkn hadir. Silap buat kebencian mungkin mnjadi ganti.

Is Li –

Saya pernah baca confession orang luar negara. Si anak cerita yang dia baru tahu yang mak dia ialah seorang as3xual (tiada keinginan langsung untuk menjalin hubungan suami isteri) tapi bersuami, ada anak dan dah bercucu pun.

Dia cintakan suami dia Tapi dia as3xual. Si anak cakap orang zaman dulu dulu mana tahu term2 ni. Kita pun tahu sebab terdedah dengan info2. Jadi di sini, memang ada orang macam confessor ni.

Jadi, konklusinya, boleh je as3xual tapi berkahwin, ada anak ataupun aromantic tapi berkahwin, ada anak. Jadi tidak apa kalau memang diri tu as3xual/aromantic. Cinta memang tak boleh dipaksa tapi rasa sayang boleh dipupuk.

Macam “marriage for duty” la. Kan zaman zaman perang dulu kalau nak baik kan hubungan antara negara, banyak arranged marriage. Mereka ramai je yang tak cintakan each other pun tapi masih ada anak sebab nak harmonikan the marriage. Lama lama jadi sayang. Cinta tu tak tau lah.

Alhamdulillah pada confessor yang cuba sedaya upaya untuk timbulkan rasa cinta dan sayang tu. Si suami pun sabar orangnya. Happy ending confession nya. Nak masuk 2 anak dah.

Sumber – Yani (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Sumber : http://www.edisimedia.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*