Digelar Ahli Ner4ka, Shalma Eliana Terima Kec4man Kerana Mengaku Bercinta Bersama Ismail Izzani

 

Penyanyi dan kini bergelar pelakon, Shalma Eliana,20, mengakui dirinya pernah menerima kec4man yang hebat apabila terbuka mengenai kisah cintanya dengan penyanyi Ismail Izzani.

Namun begitu, Shalma memilih untuk mengabaikan kec4man dan lebih selesa untuk menyekat sepenuhnya akaun media sosial mereka yang mengec4mnnya.

Menurut penyanyi lagu Mahukah Kamu ini, pelbagai kata-kata kejian telah diterimanya malah ada yang berbaur ugutan. Namun begitu, kata Shalma ianya tidak lah seteruk yang dialami kekasihnya, Ismail Izzani.

https://www.instagram.com/p/CDicHLNJejJ/?utm_source=ig_embed

 

 

“Pelbagai kecaman saya pernah kena. Bahkan, ada yang berbaur ugutan. Antaranya, ada yang menghentam saya dengan mengatakan muka saya nampak tua, ahli neraka dan macam macam lagi. Mail (Ismail) pernah kena lagi teruk. Bahkan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata untuk dapatkan perhatiannya,”

Dia yang sebelum ini terbuka bercerita mengenai hubungannya bersama Ismail yang terjalin sejak tahun 2018, Shalma turut tidak menolak ketika ditanyakan mengenai perancangan untuk bertunang.

 

Namun, menurutnya lagi, usia yang masih muda iaitu baru saja menjejak 20 tahun membuatkan mereka menundannya terlebih dahulu meskipun niat untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam perhubungan itu telah ada.

 

 

Perkembangan terbaru, Shalma bakal tampil dengan lagu single terbaru berjudul Aroma.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*