Dulu aku slalu tolak mak guna tilam sebab mak berat sangat kalau nak kemana2. Tapi sekarang Allahu hidup aku sunyi sangat sekarang

 

Salam semua and hai.. Aku nak cerita pasal penyesalan aku yg buat aku menangis sebelum tidur setiap hari. Aku ada 5 orang adik beradik. Aku anak yang ke tiga.

Aku tinggal dengan mama hanya 6 tahun sahaja. Selepas itu aku duduk dengan makcik dan pakcik aku dari 7 tahun sehingga 12 tahun.

Aku dijaga oleh mereka kerana mereka kesunyian, sudah 10 tahun kahwin tapi tidak dikurniakan anak. Hidup dengan mereka memang seronok macam orang bujang la.

Hari-hari makan dekat luar (sebab makcik aku ni tak pandai masak) , makan dekat hotel, tengok wayang (kdg2 laa), dapat pergi melancong naik kapal terbang. Mmg Heaven laaa..

Seronok tu kdg2 sampai kau lupa kau ada family sendiri. Tp aku balik je rumah mama kalau cuti panjang. Hahaha da macam asrama pulak kan.

Agak la mcm asrama sbb ada peraturan ok. No TV. No radio. No handphone. No menyanyi. Study or buat exercise dalam buku2 latihan yg dah beli.

Kdg2 rasa macam tak ada life juga. Kau penat tapi kena juga buka buku. At last lentok atas meja belajar dgn pen tegak. Ni mmg speciality aku.

Rumah mama dengan makcik tak jauh pon, setiap hari sebelum pergi sekolah aku akan singgah jumpa mama dulu, salam then pergi sekolah.

Kalau ada roti planta dan gula, mama akan bekalkan untuk makan pd waktu rehat. Mak suruh aku bnyk berjimat dan jgn terlalu boros.

Mama meningal masa umur aku darjah 3 (2002) sebab knser. Aku terkilan sangat sebab aku tak banyak spend masa dengan mama. Tak banyak kenangan aku dengan dia.

Yg ada time aku ikut mama pergi kerja time kecik2, tolong mama buat kuih, and masa aku kena dem4m campak darjah 2 mama yang jaga aku.

Time tu mama baru buat kmoterapi, rambut mama abis gugur semua, mama duk atas kerusi roda ja tp mama tetap jaga aku.

Mama akan makan sekali apa yang aku makan maklum lah dem4m campak mana boleh makan sembarangan. Mama mmg jaga betol la.

Mama asingkan aku dgn adik beradik lain, dlam bilik tu aku dan mama je. Tiap2 malam mama akan jelum kepala aku supaya panas dalam badan aku reda dan bekurangan.

Walau mama tak larat, dia sanggup buat semua tu demi aku. Nampak muka mama pucat, bila ayah balik, ayah akan gilir dgn mama jaga aku.

Demam campak aku diakhiri dengan sup ketam. Tu la pertama kali aku makan. Mama yg korek kan isi ketam tu untuk aku.Aku kecil lagi time tu tak tau apa2 dan aku jenis cerewet sikit bab makan time Kecik2.

Ikan tak makan ( mkn kalau mama suap je sbb mama mesti da asingkan tulang dulu). Org offer pizza hut pon aku reject . Pergi pizza hut org mkn pizza tapi aku mkn mushrooms soup dia ja.

Banyak kali juga aku ikut ayah hantar mama pergi HKL. Pernah sekali tu mama kena warded, aku jaga mama dekat hospital, walaupun dpt jaga tak sampai sehari pon tapi seronok tau sbb dpt tolong ambil kan air untuk mama, makan makanan hospital sekali.

Mama pon tak teruk sangat time tu. Mama senyum je time tu. Lepas buat kim0terapi tu, kesihatan mama makin merosot.

Akhir tahun 2003 tu memang masa aku gunakan untuk mama. Aku tak balik rumah makcik. Aku minta izin makcik nk jaga mak kali ni, dan makcik sememangnya benarkan aku untk jaga mak.

Bila balik sekolah mama cakap kat aku : ‘*****, baca kan Quran untuk mama’. Aku ambil Quran terus dduk sebelah mama. ‘kaki mama skit, abg boleh tolong picit kan?’ keadaan mama teruk sangat.

Mama tak boleh bangun pon. Tahu tak katil single yang ada tilam bawah dia beroda, yang boleh tarik2 keluar kalau nak guna tu. Mama baring atas tu.

Setiap kali nak mandi kan mama. Kami adik beradik akan tolak tilam beroda tu ramai2 sampai ke toilet.

Kami semua kecik2 ja. Tak larat nak angkat mama. Tu ja cara kami bantu mama kalau tak dak orang besar kat rumah.

Tapi best, sbb adik2 aku suka tolak troli tu bg mak suka, mak akan ckp “slow2, mak takut”.. Hihi.. lpas tu kami semua akan tahan troli tu bg slow. Adik adik selalu sgt sakat mak.

Satu hari tu, mama macam teruk sangat. Pakcik suggest pergi hospital tapi mama taknak. Tapi dah tak dak cara lain nak bantu.

Pakcik call jugak ambulans, ambulans ambil mama. Ayah balik2 kerja terus pergi hospital dengan abang. Time hujan ribut kemain malam Jumaat tu. Kami yg tinggal ni mmg takot laa.

Duduk je la sama2.. Pkul 10 lebih, telefon rumah berbunyi. Aku angkat. Abg ckp mama da takdak. Aku rasa time tu gelap terus dunia aku tapi aku kuatkan jugak hati.

Abg ckp lagi ‘kau bawa adik2 pergi rumah jiran sebelah bagi tau jiran duduk sana smpai aku ayah balik.’

Jnazah mama sampai. Sebabkan mlm tu hujan, esok baru boleh ke bumikan. Aku tido sebelah mama. Aku tak tau la nak rasa apa. Aku tak nangis time tu. Aku kena kuat. Aku kena kuat untuk adik-adik aku.

Aku terbangun pkul 3 pagi, makcik pakcik aku dari jauh semua da smpai. Surah Yasin tak putus2 dibaca untuk mama. Kuatnya tokwan aku toksah cerita la bila tengok anak sendiri pergi dulu dari dia.

Pagi mama disembahyang kan oleh tokwan iaitu ayah mama sendiri. Ayah yg talkin kan mama sewaktu dikebumikan.

Last aku tgk muka mama, masa dimasukkan dalam liang lhad. Memang aku tahan sebak sgt time tu. Sedih tak tahu nk bg tahu mcm mana lagi. Sampai rumah, aku trus menangis.

Di sini, aku nak minta hargai lah mak ayah kau org sementara mereka masih ada. Ambil peluang duduk dengan mereka sementara kau org masih bujang or da kahwin, berbakti lah dengan mereka. Aku banyak dengar cerita dan ada cerita seakan2 macam kisah aku.

Walaupun orang yang jaga kita tu (mak angkat / makcik), kita lebih selesa dengan dia ke, ada yang rasa macam kenapa mak aku buang aku or mcm aku, aku yang pilih untuk stay dgn makcik aku (jiwa budak darjah 1).

Please berbakti lah dengan mak kandung kita jugak. Create laa memory byk2 dengan diaorg. Cuba! Aku tak nak kau orang menyesal macam aku.

Bila dah tak ada baru nak menyesal. Akhir kalam, minta sedekah kan Al-Fatihah untuk MAMA aku dan orang2 islam lain yang dah meningal dunia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Sumber : https://mediabawang.net/tolak-mak/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*