Misteri Terjawab Siapa Yg Gunakan Helikopter Mendarat Di Istana

 

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengamal media yang berkumpul di luar pintu utama Istana Negara sejak tengah hari tadi.

Helikopter berkenaan dilihat tiba pada 3.05 petang.

Difahamkan, helikopter sama sudah mendarat pada 12 tengah hari sebelum terbang dan mendarat semula petang ini.

Pada mulanya media tidak dapat memastikan kemungkinan kehadiran Raja-Raja Melayu yang tidak memasuki Istana Negara menaiki kenderaan rasmi.

Sehingga jam 3 petang ini, hanya Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang tidak dilihat masuk ke Istana Negara melalui pintu utama.

Pemangku Raja Pahang

PETALING JAYA – Ramai yang tertanya-tanya siapa yang ke Istana Negara menaiki helikopter hari ini.

Kosmo! Online difahamkan helikopter yang tiba pada jam 3.04 petang itu dinaiki oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Al-Sultan Abdullah.

Helikopter itu kelihatan meninggalkan Istana Negara pada jam 5.30 petang sejuruh selepas Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu.

Hari ini berlangsung di Istana Negara Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja berikutan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Khas Jumaat lalu.

Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu itu dihadiri oleh semua raja-raja Melayu kecuali Sultan Kelantan.- K! ONLINE

Gambar yang dimuat turun di laman sosial Tengku Hassanal hari ini

Dalam perkembangan semasa,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dilaporkan bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan d@rurat di Malaysia, buat masa ini, selepas menerima permohonan berbuat demikian daripada Perdana Menteri, kelmarin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fail Shamsuddin, dilaporkan berkata permohonan itu adalah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Permasyuhuran Ordinan D@rurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) mengikut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan bagi memrangi anc4man wabak COVID-19.

Ker@jaan Berupaya Melaksanakan Dasar

“Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wab4k Covid-19 ini daripada terus merebak.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan d@rurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia,” katanya

 

Sumber via trendingsangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*