Raja2 Mula Bersidang. Ini kata2 padu TMJ kpd ahli politik g1la kuasa

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor berharap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara serta melindungi daripada anc4man orang-orang yang tam4k dan mengg1lai kuasa demi kepentingan peribadi.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sistem beraja yang mana Raja-Raja Melayu menjadi penting untuk berfungsi memberi kelebihan semak dan imbang dalam pentadbiran negara.

“Situasi sekarang adalah petunjuk jelas yang menunjukkan apa yang akan berlaku bila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik sahaja.

“Di dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar.

“Semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang-orang yang tamak dan mengg1lakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Inilah pentingnya sistem beraja di mana Raja-Raja Melayu berfungsi memberi kelebihan “check & balance” dalam pentadbiran negara. Doa dan harapan saya adalah Kestabilan. Semoga Allah sentiasa memberkati Raja-Raja Melayu,” katanya pada hantaran Facebook miliknya di sini hari ini.

“Anwar Giila Kuasa”-Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim did@kwa berbohong secara terang-terangan termasuk kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) demi hasratnya mahu menjadi Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyesali sikap Ketua Pembangkang yang memilih untuk menyemai kebencian ketika mengaku kepada seluruh dunia dia telah memperoleh ‘majoriti yang meyakinkan dan hebat di Parlimen’ untuk membentuk kerajaan baharu dan mahu Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan.

“Ini jelas merupakan perbuatan individu g1la kuasa yang didorong oleh motif ego dan beranggapan hak seolah-olah jawatan PM adalah hak kelahirannya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Mohamed Azmin, kemarahan parti pembangkang mengenai negara akan menjadi diktator sekiranya keadaan darurat ekonomi diisytiharkan adalah tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab.

Beliau yang juga Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyeru semua pemimpin politik untuk bergabung dengan rakyat dan pemerintah pada saat yang sangat mencabar ini.

Mereka perlu bersatu dalam memerangi wabak Cov1d-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini dan mengetepikan kepentingan politik dan kepentingan lain untuk kebaikan kesihatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara, katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin berharap semua pemimpin bersatu bersama-sama dengan rakyat menangani penularan pandemik.

Dalam keadaan pandemik yang semakin burvk dengan kes-kes yang melonjak di seluruh dunia termasuk Malaysia, kerajaan telah berusaha untuk menanganinya.

Sejak lonjakan kes yang luar biasa dengan permulaan gelombang ketiga, Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah bermesyuarat setiap hari tanpa gagal selama 24 hari terakhir.

“Bersama dengan pakar kesihatan kita, angkatan bers3njata dan anggota keselamatan dalaman serta penasihat ekonomi, Perdana Menteri telah menyediakan kepemimpinan yang tegas yang mempertimbangkan secara aktif bukan hanya langkah-langkah darurat jangka pendek tetapi rancangan jangka sederhana hingga jangka panjang untuk menangani krisis secara holistik.

Kerajaan juga akan terus memberikan semua sokongan kepada angkatan bers3njata dan polis kita untuk melakukan rondaan di sempadan dengan berkesan.

“Pada masa yang sama, mereka harus diberi kuasa melalui proses perlembagaan untuk melakukan tindakan cepat terhadap semua anc4man termasuk pendatang tanpa izin yang berisiko tinggi menyebarkan Cov1d-19 atau peny4kit berj4ngkit lain.

Mvsuh Sebenar Cov1d

Mohamed Azmin, yang juga menteri kanan merangkap menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata adalah wajar dan tepat bagi semua pihak bersatu di belakang usaha mengurangkan pandemik dan melandaikan lengkungan Cov1d-19 di samping memastikan gangguan minimum terhadap ekonomi.

“Biar kita jelas. Mvsuh sebenar kita adalah Cov1d-19 dan kita harus menghargai pengorbanan dan usaha barisan hadapan yang bekerja keras siang dan malam dan masih terus melakukannya untuk memerangi vir-us ma-ut ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam keadaan seperti ini, adalah wajar dan tepat untuk semua pihak bersatu di belakang usaha mengurangi dan melandaikan lekuk Cov1d-19 sambil memastikan gangguan minimum terhadap ekonomi, katanya.- MalaysiaGazette

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Sv

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*