Sejak COV1D-19 Mel4nda, Jack Ma Dilaporkan RM6.23 Trilion Lebih Kaya

 

Sejak pandemik c0v1d-19 melanda, dapat dilihat kehidupan orang ramai sedikit berbeza. Baik dari segi gaya kerja mahupun norma seharian. Malah, dilaporkan kepelbagaian sektor yang terkesan membuatkan orang ramai kehilangan kerja.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak berlaku buat Jack Ma selaku pengasas bersama serta bekas pengurus eksekutif Alibaba Group. Berdasarkan laporan baharu yang dikeluarkan, Jack Ma direkodkan sudah berjaya mengumpul sekitar $1.5 trilion (~RM6.23 trilion) sepajang tahun ini.

Lebih hebat, keuntungan besar yang diperoleh ini dilaporkan lebih banyak berbanding lima tahun terakhir pendapatannya sepanjang menjadi pengurus Alibaba.

Difahamkan industri e-commerce yang menerima tempahan yang berganda sejak pandemik melanda antara yang membuatkan Alibaba berjaya mengaut keuntungan yang tinggi sekaligus menguntungkan Jack Ma selaku pemegang saham.

Selain Jack Ma, dilaporkan ser4mai 257 individu seluruh dunia turut menyertai billionaires club setakat Ogos ini sekaligus membuatkan dunia kini mempunyai 878 bilionair dimana 626 daripadanya terdiri merupakan rakyat Amerika Syarikat.

 Tidak cukup dengan Alibaba, Jack Ma dijangka bakal menawarkan IPO Ant Group kepada orang ramai. Pembukaan saham Ant Group dengan nilai $34 bilion (~RM141.5 bilion) ini sekaligus menjadikan saham Ant Group sebagai nilai IPO terbesar dalam sejarah serta meletakkan Jack Ma sebagai manusia kesebelas terkaya dunia.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*