Kec0h wanita hamiil ‘offer’ buah p1nggang nak bayar hvtang… Sekali ini tindakan Menteri Agama

DEK kerana desakan hidup apatah lagi kesan akibat pandemiik Covid-19, ada yang sanggup menjval buah pinggang sendiri untuk membayar hutang.

“Assalamualaikum, sekiranya ada kenalan atau pesakit yang memerlukan buah pinggang. Atas des4kan hidup dan hut4ng, saya nak jual buah pinggang saya sendiri sekiranya memerlukan.”

Demikian mesej seorang individu yang dikongsi oleh personaliti TV dan pengacara, Ahmad Fedtri Yahya menerusi laman Twitternya, baru-baru ini sehingga menjadi tular.

“Ya Allah sedihnya. Keterdes4kan…,” tulis Ahmad Fedtri dengan ciapannya diulang kicau lebih 3,000 kali dan rata-rata netiizen menyuarakan rasa simpati serta mahu menghulurkan bantuan kepada individu berkenaan.

Posting Ahmad Fedtri menjadi tular.

Namun, tidak dinyatakan apakah hutang dan berapa jumlah yang perlu dilangsaikannya.

“Jual org4n nak bayar hut4ng,” komen netizen berserta emoji sedih.

Kisah yang tular itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Sabtu (31 Oktober 2020).

Turut berkongsi mesej yang tular itu, Zulkifli mendedahkan bahawa individu tersebut merupakan seorang wanita yang sedang hamil.

“Realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar untuk dipercayai. Saya dimaklumkan, beliau juga sedang hamil. Moga Allah SWT keluarkan beliau dan keluarga daripada kesempitan hidup,” kata Zulkifli di halaman Facebook beliau pada Sabtu.

Respons daripada Lembaga Zakat Selangor.

Susulan tular kes berkenaan, Zulkifli berkata, Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-Maiwp) telah menghubungi individu tersebut.

“PPZ-Maiwp telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada beliau. Memandangkan beliau tinggal di Selangor, saya juga dimaklumkan pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang mengusahakan bantuan untuk beliau,” katanya.

Realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar untuk dipercayai. Moga Allah SWT keluarkan beliau dan keluarga daripada kesempitan hidup

DATUK SERI DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Sementara itu, LZS menerusi halaman Facebook rasminya pada Sabtu turut memaklumkan bahawa wanita berkenaan yang dikenali sebagai Noraini dan keluarganya telah menerima bantuan daripada lembaga itu, sejak Jun tahun ini.

“Alhamdulillah, selain bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zakat Selangor juga mula menyalurkan bantuan kepada Puan Noraini sekeluarga melalui suami beliau sejak Jun 2020.

“Antara bantuan yang disalurkan berupa bantuan kecem4san, keperluan hidup dan kewangan bulanan. Moga dengan bantuan ini dapat meringankan ujian yang ditanggung oleh keluarga Puan Noraini.

“Terima kasih kepada pembayar zakat. Sebanyak 2.5 peratus daripada zakat yang anda keluarkan telah dapat meringankan bebanan mereka,” menurut keterangan itu.

Mesej wanita berkenaan setelah menerima bantuan daripada PPZ-Maiwp.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-Maiwp, Ahmad Shukri Yusoff menerusi akaun Twitter beliau turut mengesahkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada Noraini.

Beliau turut memuat naik tangkapan skrin mesej yang dihantar Noraini setelah menerima bantuan berkenaan.

“Assalamualaikum. Untuk makluman, saya telah terima duit bantuan ihsan. InsyaAllah, saya akan manfaatkan sebaiknya untuk selesaikan hutang yang ada.

“Jutaan terima kasih kepada tuan dan pihak PPZ atas bantuan kepada saya,” ujar Noraini.

Ramai yang memerIukan bantuan diluar sana.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggaIkan komen di ruangan Instagram Dr Zulkifli dengan memberikan pandangan terhadap realiti kehidupan masa kini.

Tidak kvrang juga yag berasa simpa4ti dengan wanita tersebut dan berharap agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang mengaIami nasib yang sama seperti individu berkenaan.

Dalam pada itu Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkongsikan carta mengenai impak COVID-19 kepada ekonomi dan bagaimana Pakej Rangsangan PRIHATIN berupaya membantu.

Katanya, COVID-19 memberi impak kepada ekonomi rakyat pada masa kini melalui tiga saluran iaitu (i) penurunan permintaan eksport, (ii) penurunan permintaan domestik dan (iii) kesan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau percaya ketiga-tiga saluran ini memberi impak berbeza kepada rakyat bergantung kepada kumpulan pendapatan mereka, bandar atau luar bandar dan sektor pekerjaan formal atau informal.

Beliau juga berpendapat bantuan yang lebih bersasar adalah lebih baik daripada yang bersifat “universal”

Kerajaan Malaysia secara proaktif telah mengambil banyak inisiatif untuk merangsang dan meningkatkan ekonomi, serta meningkatkan ekonomi di sektor swasta, seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin dan rancangan Penjana.

Prihatin dijangka menyumbang sebanyak 2.8% kepada pertumbuhan KDNK.

Agensi antarabangsa meramalkan pertumbuhan KDNK Malaysia antara 4.7% dan 9%, dengan keadaan kesihatan awam yang terkawal.

Prestasi ekonomi Malaysia dijangka meningkat secara beransur-ansur selepas Jun 2020 dan mencatat pemulihan positif pada tahun 2021, disokong oleh langkah fiskal, monetari dan kewangan yang cukup besar dan kemajuan dalam projek infrastruktur awam yang berkaitan dengan pengangkutan.

Sama-sama kita berdoa agar negara kita keluar daripada kr-isis ekonomi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*