“Maaf Guys Sebab Tak Dapat Berlaku Jujur,” – Eina Azman

Wajah di sebalik topeng Rafflesia di program The Masked Singer Malaysia akhirnya terjawab apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman tersingkir pada peringkat separuh akhir.

Menerusi akaun Eina di Instagram, dia telah berkongsi cerita penglibatan dirinya dalam rancangn tersebut.

“Salam… Finally after 2 months terpaksa meny0rokkan identiti dan mengelak soalan daripada kawan2 mengenai “Rafflesia”, akhirnya terjawab sudah segala persoalan…

“I’m so sorry guys sebab tak dapat berlaku jujur sebab saya terikat dengan contract Alhamdullilah Rafflesia berjaya kekal sehingga ke semi final walaupun penuh dengan onak dvri.

“Seperti semua sediia maklum, saya bukanlah seorang penyanyi dan penari. Banyak yang saya pelajari sepanjang berada di dalam program “The Masked Singer Malaysia”. ,” tulisnya.

Kongsi Eina, dia menyertai program tersebut kerana ingin mencuba sesuatu yang baru atau di luar zon selesa.

“Tahun 2020 ni saya nak keluar dari zon selesa saya, sebab tu saya menc4bar diri saya untuk menjadi Rafflesia.

“Sejujurnya, saya sebenarnya kurang berkeyakinan untuk menyanyi dan menari di hadapan khalayak ramai.

“Nasib baik saya boleh bersembunyi di sebalik masked Rafflesia. nampak mcm mudah menyanyi dan menari dalam masa yang sama.

Tapi hanya tuhan saya yang tau betapa beratnya head gear Di kepala saya. Kadang2 takut juga tengah menari tu kepala tercabut sbb ini benda paling gila pernah saya buat tapi dalam gila2 pun macam seronok juga penyanyi. Saya nak jadi penyanyi lah lepas ni Ok tak???

“Terima kasih kepada team produksi Astro di atas peluang ini. N terima kasih juga untuk u all yang tak henti2 tweet n mention nama saya. N yessss tekaan anda memang betul,

“Thanks to my beloved hubs @datopadukakaiser yang always support saya. Love you sayang Itssss Doneeeeee guys,” tulisnya lagi.

The Masked Singer ditayangkan pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna dan Warna HD.

Program ini turut menampilkan barisan juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Nabila Huda, Ella, Remy Ishak, Michael Ang, Zizan Razak, Ramona Zam Zam, Raja Azura dan Angah Raja Lawak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Video: Instagram Eina Azman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*