Erra Fazira Selamat Diijabkabul, Menteri Agama Terkejut!

 

Sekali dengar nama, disangka selebriti, Erra Fazira yang berkahwin, rupanya bukan. Sebut sahaja nama itu, pasti ramai yang terbayangkan pelakon Sembilu atau Maria Mariana itu yang terkenal sekitar tahun 1990-an hingga kini.

Baru-baru ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah membuat kicauan yang mengejutkan orang ramai. Ucapan tahniah beliau atas perkahwinan Erra Fazira telah menyebabkan warga maya tersilap sangka, hinggalah mereka melihat gambar dan membaca kicauan hingga akhir.

“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAWI.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut,” tulis Dr Zulkifli, menambah beliau turut menyangka individu itu adalah pelakon Sembilu pada awalnya.

Beliau juga sempat mendoakan kebahagiaan pasangan itu dengan perkahwinan yang diberkati dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

 

INGATKAN PELAKON SEMBILU YANG BERNIKAH

Boleh tahan Dr punya clickbait

4 KALI BACA .. HAHA!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Siakapkeli, gempak, ohbulan, twitter  via https://mediabawang.net/erra-nikah/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

 

Sumber: Sumber

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*