Hidung Aliff Dipertikai

 

PERKONGSIAN foto usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ketika dia masih remaja mengundang pertanyaan netizen mengenai perbezaan pada bahagian wajahnya.

Menyedari komen yang ditinggalkan itu, Aliff berkata dia sudah bosan untuk menjawab soalan sama mengenai hal itu.

Dia turut berasa hairan kerana orang ramai hanya gemar mencari kesilapan pada dirinya.

“Saya tidak larat untuk mengulas benda yang sama… penat manusia sentiasa cari salah saya sahaja.

“Kenapa dan sebab apa saya tidak pasti… baiklah, muka awak yang lawa, muka awak yang sempurna sebab tu dalam gambar ni tak ada muka awak,” katanya.

Aliff jawab komen netizen di Instagram.

Aliff menjawab beberapa soalan yang ditinggalkan oleh pengikut di laman Instagram pada Ahad.

Kebanyakan komen yang ditulis ialah mengenai perubahan pada bahagian wajah terutamanya hidung Aliff yang dikatakan semakin mancung.

Aliff bersama isteri Datin Seri Nur Shahidah.

“Hidung lain… Datuk buat hidung ke?

“Lainnya muka ingat siapalah tadi. Banyak beza muka, sekarang hidung dah mancung, masa ni belum buat lagi.

“Yang tanya fasal hidung tu, rasanya ada kaitan dengan pembed4han Datuk buat, dia pernah kemal4ngan dan alami keced3raan teruk pada muka!” komen pengikut.

Sebelum itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkongsi foto lama yang disimpan ketika dia berusia 16 tahun.

“Terjumpa gambar lama… ini zaman aplikasi Friendster dan MySpace saya guna nama glamor masa tu Putra Aqashi133… masa ni umur saya 16 tahun saya duduk kat Club Golf Monterez Subang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*