Elizad Kehilangan Anak

 

Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin mendedahkan dia sempat merasai nikmat menjadi ibu sebelum alami kegvgvran.

Menurut Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, kandungannya tidak kuat dan berlaku pend4rahan.

“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu.

“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.

“Tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,” katanya.

Elizad berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Penyampai radio Sinar itu difahamkan hamil selepas menjalani sesi raw4tan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Pun begitu, Elizad tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.

 

Elizad dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.

“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.

“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” beritahunya.

Elizad menjalani sesi IVF pada 21 Oktober lalu di sebuah hospital swatsa.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*