Tak mampu nak bayar sewa van jen4zah balik dari KL ke Bera, waris sanggup bawa balik jen4zah baringkan kerusi hadapan kereta

 

HIDUP ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bukannya mudah.

Pend3ritaan yang dirasai golongan ini sudah pasti bertambah apabila berlaku kejadian ahli keluarga dijemput Ilahi.

Antara kesulitan yang terpaksa ditempuhi dalam situasi ini sudah tentulah dalam hal menguruskan jen4zah untuk dibawa hingga ke liang lahad.

Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jen4zah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkongsi pengalaman pasukannya menguruskan jen4zah lelaki yang semasa hayatnya hidup dalam kesusahan.

SPJM membantu menguruskan jen4zah.

Katanya, lelaki berusia 52 tahun yang menetap di Kuala Lumpur itu men1nggal dunia secara mengejut akib4t komplikasi j4ntung, minggu lalu.

“Dia menetap di Kuala Lumpur bersama keluarganya. Tetapi jen4zah perlu dikebumikan di kampung halamannya di Bera, Pahang.

“Arw4h dah lama tidak bekerja kerana s4kit. Sahabat arw4h kata hidup arw4h memang susah,” katanya kepada mStar.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Rafie, dia memberitahu bahawa isteri arwah berasal dari Indonesia dan bekerja mengambil upah mengikut hari.

“Tak pasti kerjanya apa. Tapi isteri arw4h bekerja biasa saja secara harian. Skuad saya bertemu dengan waris,” katanya.

Van SPJM bersiap sedia untuk membawa jen4zah.

Namun, kisah meny4yat hati berkaitan urusan pengantaran pulang jen4zah terbongkar sebelum sahabatnya itu mendapatkan bantuan daripada SPJM.

“Pihak SPJM dihubungi oleh sahabat kepada isteri arw4h yang memohon bantuan pengurusan jen4zah dan penghantaran jen4zah ke Felda Purun di Bera.

Tiada siapa di dunia ini yang dapat lari dari menghadapi ujian, malah ia boleh berlaku secara bertimpa-timpa

MUHAMMAD RAFIEUDIN ZAINAL RASID

“Sahabatnya beritahu mohon bantu waris ini ustaz. Mereka buntu sebab tak mampu nak bayar sewa van jen4zah. Dia nak bawa balik m4yat naik kereta sendiri saja dengan cara baringkan kerusi hadapan.

“Allahuakbar. Begitulah penjelasan yang diberikan oleh sahabat waris yang inginkan pengurusan jen4zah dilakukan dengan cara yang terbaik,” katanya sambil menambah bahawa SPJM telah membantu dan menanggung segala kos pengurusan jen4zah.

Tambah Ustaz Rafie, jen4zah perlu melalui prosedur bedah siasat di sebuah hospital berikutan tiada dokumen perub4tan yang dapat mengesahkan punca kem4tiannya.

Jen4zah dibawa masuk ke dalam van untuk dibawa ke Bera, Pahang bagi pengebumian.

Ustaz Rafie juga memberitahu dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih apabila mengenang kembali nasib yang perlu dihadapi waris.

“Rasa sedih sebab kita tinggal di negara yang serba lengkap mencukupi. Mujur maklumat mengenai kesusahan mereka sekeluarga disampaikan kepada kami.

“Waris juga sempat memaklumkan bahawa mereka baru kehilangan adik bongsu arw4h lebih kurang dua bulan lalu. Arw4h merupakan anak sulung dalam keluarganya,” ujarnya.

Selain isteri, Ustaz Rafie berkata, arw4h turut meninggalkan seorang anak lelaki berusia 14 tahun yang belajar di sebuah madrasah di Pahang.

“Tiada siapa di dunia ini yang dapat lari dari menghadapi ujian, malah ia boleh berlaku secara bertimpa-timpa.

“Namun percayalah setiap ujian itu jika dihadapi dengan sabar dan ikhlas pasti besar ganjarannya di akhirat nanti, insyaAllah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*