Tahun 2020 menyaksikan pandemik c0v1d-19 telah menjadi isu kesihatan global sehingga mencetuskan norma baharu dalam kehidupan kita saat ini.
Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan selain rasa syukur serta syabas buat semua petugas barisan hadapan kita khususnya petugas kesihatan yang banyak berk0rban tenaga dan masa demi mengawal penul4ran w4b4k j4ngk1tan c0v1d-19.
Dr Amanda Elli antara petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa kenal erti penat dan putus asa. Mesra disapa sebagai Dr Amanda, beliau yang berusia 28 tahun kini bertugas di Unit c0v1d salah sebuah pejabat kesihatan daerah.
Beliau juga pernah ditugaskan di jabatan Kecemasan dan Trauma salah sebuah h0sp1tal kerajaan. Dr Amanda merupakan graduan National University of Ireland, Galway dibawah tajaan MARA menerusi skim pelajar cemerlang di Ireland selama 5 tahun. Dr Amanda sangat komited dengan tugasya sebagai seorang doktor, kerjaya yang dicita-citakan sejak kecil.
DETIK MERUNTUN JIWA
“Antara momen paling menyentuh jiwa saya sejak bergelar frontliner ialah peristiwa di mana ada seorang wanita berusia lebih kurang ibu saya yang tiba-tiba rebah di parking kereta. CPR dilaksanakan di situ juga kemudian dibawa ke bahagian kecem4san. Waktu itu saya bertugas di zon merah.
Wanita ini ibu kepada 6 orang anak. Ketika itu hanya dua anaknya yang paling kecil berusia dalam belasan tahun ada bersamanya. Kedua-duanya men4ngis dan p4nik. Wanita itu sudah tidak sedarkan diri. Kami bergilir-gilir buat CPR kepada wanita itu.
Kemudian saya diarahkan oleh Pegawai Perubatan yang bertugas untuk berhenti seketika untuk menjawab panggilan telefon daripada anak-anak wanita itu yang berada di beberapa negeri. Sambil men4ngis mereka mer4yu-r4yu dan meminta saya memberi surat pelepasan untuk rentas negeri memandangkan ketika itu kita dalam PKP.
Saya jadi kelu tidak tahu hendak jawab apa. Hanya mampu katakan maaf. Tiada apa yang boleh kami lakukan selain buat yang terbaik demi menyelamatkan ibu mereka. Terlintas di fikiran kalau saya berada di tempat mereka pasti sangat sed1h kerana tidak dapat bertemu dengan ibu yang dalam keadaan krit1kal begitu.
Mereka sebenarnya sudah dimaklumkan oleh dua adik mereka yang ibu mereka s4kit tetapi semuanya berlaku secara tiba-tiba dan tidak sempat memohon untuk rentas negeri. Paling meruntun jiwa apabila hanya dua orang anak yang masih kecil berada di sisi wanita itu sebelum dia menghembvskan nafas terakhir.
Pengalaman ini telah mengajar saya betapa besarnya kasih sayang keluarga serta peng0rb4nan ibu bapa. Ia juga mengajar saya erti rasa kemanusiaan yang sebenar.
AMAL JARIAH
Saya seorang yang sangat positif dan menganggap antara yang bertuah kerana diberi nikmat rezeki menjadi seorang doktor bersama amanah untuk berbakti kepada masyarakat dan negara. Saya berjanji untuk mekaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin dan ikhlas. Ia juga menjadi amal jariah kami sebagai petugas barisan hadapan. Kami akan terus buat yang terbaik selagi termampu dan diperlvk4n,” akhiri Dr Amanda.
Pesan Dr Amanda, teruskan mematuhi SOP. Amalkan rutin wajib norma baharu iaitu memakai pelitup muka, penjarakan sosial, mencuci tangan dengan sabun dan memakai hand sanitizer bagi mengekang penul4ran v1rus berbahaya ini daripada terus merebak.
Kredit Foto: Instagram Dr Amanda Elli
Sumber : Nona
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Leave a Reply