[VIDEO] Niat jah4t rosakkan imej polis!

KECOH mengenai satu rakaman video yang tular di media sosial, menunjukkan seorang pemandu kononnya disam4n pihak polis kerana isteri berada di tempat duduk di hadapan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa tiada kesalahan sekiranya pemandu dan penumpang dari rumah yang sama duduk bersebelahan di dalam kereta.

Susulan video yang tular, beliau mendapatkan penjelasan daripada pegawai tertinggi polis di Bukit Aman berikutan pasangan suami isteri duduk bersebelahan di dalam kereta bukan satu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Video tersebut nampak berniat jahat untuk merosakkan nama pihak polis kerana yang disam4n itu bukan kerana isteri duduk di sebelah, tetapi kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

“Dia diambil tindakan kerana kesalahan tersebut (menggunakan telefon bimbit ketika memandu). Tetapi diedarkan seolah-olah pihak polis tidak menggunakan budi bicara dan kejam kerana mengambil tindakan,” katanya pada sidang media, petang Rabu.

Ismail Sabri berkata, terdapat sesetengah berita palsu yang disebarkan di media sosial sehingga menimbulkan fitn4h.

“Jelas, ia adalah berita palsu yang memfitn4h polis. Saya beritahu rakan di Bukit Aman bahawa perkara seperti ini jangan dibiarkan kerana boleh memburukkan imej polis.

“Saya kata ambil tindakan segera. Yang membuat video itu salah, yang menyebarkan video itu juga jangan fikir akan terlepas.

“Pihak polis bukan sahaja boleh ambil tindakan terhadap individu yang buat video tersebut, tetapi yang menyebarkan video juga boleh diambil tindakan,” katanya.

Pada Selasa, tular video dengan segelintir netizen menyebarkan khabar angin mend4kwa lelaki berkenaan disam4n oleh anggota polis trafik kerana suami dan isteri duduk bersebelahan di dalam kereta.

Bagaimanapun, video yang berdurasi kira-kira 30 saat itu tidak menjelaskan mengenai kesalahan lelaki tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*