“Hospital tak dapat tampung pes4kit C0VID 19…” – DG Hisham

 

Pada penghujung Oktober dan awal November lepas, kita menyaksikan kenaikan mendadak dalam jumlah kes harian j4ngkitan C0VID 19 di negara kita yang mana ia mencatatkan empat angka.

Disebabkan hal tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bimbang hospital dan fasiliti kesihatan di negara ini mungkin tak dapat tampung jumlah pes4kit C0VID 19 jika k3s harian berjumlah 1,755 setiap hari mengikut unjuran kadar keboleh j4ngkitan  (R-naught) (R0) 1.5 dalam tempoh 10 hari. 

Menurut Bernama, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya akan terus memperkasa tindakan kesihatan awam bagi kurangkan nilai kadar keboleh j4ngkitan itu sekurang-kurangnya bawah 1.0.

“Jika kita lihat sebelum ini negara mencatat empat digit kes C0VID-19 iaitu pada 24 Okt (1,240 kes), 4 Nov (1,032 kes) dan  6 Nov iaitu 1,755 kes.

“Bagaimanapun, selepas (tempoh) itu kita mencatatkan kes kurang daripada yang kita jangkakan (dengan kes kembali kepada tiga digit) dan jika kes semakin berkurang kita akan berupaya melandaikan lengkuk C0VID-19,” katanya dalam sidang media semalam.

Selain tindakan kesihatan awam, beliau juga berkata amalan langkah pencegahan adalah matlamat KKM dalam mengekang penularan wabak ini.

“Kita perlu mencegahnya dan bukan mengawal ketika peringkat (virus) merebak,” katanya.

Selain itu, kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri di Semenanjung juga perlu ditingkatkan bagi memastikan penularan wabak ini dapat diputuskan.

Penularan jangkitan di Semenanjung juga katanya dilihat agak membimbangkan kerana jumlah kes baharu di Lembah Klang dan Negeri Sembilan contohnya, hari ini mencatatkan sebanyak 427 kes melebihi kes di Sabah iaitu 259 kes.

“Tindakan proaktif perlu diambil untuk kekang C0VID-19 dan semua pihak perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk kita kawal j4ngkitan rentas negeri dan rentas daerah. 

“Untuk kekang jangkitan, kita telah laksanakan pelbagai tindakan contohnya mereka yang berada di zon merah tetapi kembali ke Kelantan perlu memakai wrist band serta kuarantin,” katanya.

Harap janganlah kes kembali ke empat digit lagi. Min pun seram tengok tiap-tiap hari. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*