Aktiviti Masjid Ditangguh, ABPBH Dibenarkan Pula. Ini Penjelasan Ismail Sabri Kenapa ABPBH Dibenarkan

 

” Tula pasal, majlis agama habis dia tutup, benda camni tetap nak buat jugak”

itu antara komen segelintir warganet yang tidak bersetuju dan mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan Penganjuran program Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33.

Susulan itu, Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan tentang kenapa ABPBH dibenarkan.

Difahamkan dibenarkan kerana ia termasuk dalam senarai aktiviti bukan terlarang namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ismail berkata, program hiburan berada di bawah industri kreatif di mana termasuk dalam senarai aktiviti dibenarkan dan sudah dinyatakan dalam SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lalu.

Bagaimanapun menurutnya, semua yang terbabit perlu mematuhi SOP ditetapkan iaitu tiada penonton, wajib memakai pelitup muka, tidak membabitkan warga asing dan jumlah kru yang minimum.

” Acara itu juga akan dipantau oleh wakil daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).”Jika berlaku perlanggaran, penganjur akan dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang media MKN, di sini, tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan netizen yang mahu program itu dibatalkan susulan sukan bola sepak turut tidak dibenarkan.

Mengulas mengenai bola sepak, Ismail Sabri berkata, sukan itu pula termasuk dalam senarai aktiviti terlarang namun baru-baru ini ada rayuan daripada persatuan untuk benarkan pertandingan kerana bola sepak terlarang sejak awal lagi kerana berlaku sentuhan dan sukar melakukan penjarakan fizikal.

” Lagipun mereka terpaksa rentas negeri sedangkan ia tidak dibenarkan dalam PKPB selain bimbang di dalam bilik persalinan bagaimana hendak kawal itu semua,” katanya.

Aktiviti di masjid, surau dalam kawasan PKPB ditangguh

Sementara itu solat Jumaat, solat lima waktu berjemaah dan lain-lain aktiviti pengimarahan di seluruh masjid serta surau di Selangor, ditangguhkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai hari ini hingga 27 Oktober.

(Berdasarkan laporan SinarHarian bertarikh 6 November lalu)

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, keputusan itu dibuat susulan pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, penangguhan ini akan membabitkan 425 masjid, 278 surau solat Jumaat dan 1,747 surau.

” Tindakan penangguhan ini dibuat selaras dengan penguatkuasaan PKPB di Selangor bagi mengekang penularan kes COVID-19 yang membimbangkan dari terus menular dalam kalangan masyarakat di Selangor.

” Keputusan ini selari dengan hasrat JAIS dalam memastikan pentadbir masjid dan surau di Selangor dapat memberi kelangsungan keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan terhadap anak kariah masing-masing dari menerima sebarang kesan penularan wabak dan penyakit, khususnya wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Shahzihan berkata, pentadbir masjid dan surau seluruh Selangor hendaklah memastikan solat Jumaat tidak dilaksanakan sepanjang penangguhan ini, sebaliknya digantikan dengan solat Zohor di kediaman masing-masing.

Manakala, katanya, solat fardhu berjemaah lima waktu pula hendaklah dilaksanakan dengan had bilangan jemaah tidak melebihi tiga orang sahaja, dan azan tetap perlu dikumandangkan pada setiap waktu.

” Aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh dan kuliah Dhuha serta aktiviti agama yang lain juga hendaklah ditangguhkan buat sementara, berkuat kuasa pada waktu Subuh hari ini,” katanya.

Sumber via limau ais

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*