KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadia Brian, 29, memberi am4ran kepada netizen suka menabur f1itnah berkaitan isu rumah tangganya berhenti berbuat demikian.
Jika tidak, pelakon filem Ratu Kala Jengking itu tidak akan teragak-agak melayangkan surat sam4n kepada mereka. Amaran dibuat menerusi Instagram (IG) Story miliknya, kelmarin.
Nadia berkata, dia terpaksa mengambil tindakan tegas sekiranya f1itnah dilemparkan semakin menjadi-jadi.
Pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu berkata tindakannya yang lebih suka mendiamkan diri apabila difitnah menyebabkan ‘kepalanya’ dipijak.
Katanya, dia tidak mampu bersabar kerana ia memberi kesan psikologi bukan sahaja kepada dirinya, malah ahli keluarga terkait sama.
View this post on Instagram
“Sejujurnya, saya menerima terlalu banyak kec4man menerusi mesej langsung, aplikasi WhatsApp dan artikel yang memf1itnah saya tanpa usul periksa. Semakin saya diam, makin menjadi-jadi pula f1itnah yang dilemparkan.
“Bagi saya, orang luar tidak berhak mencampuri urusan rumah tangga atau peribadi orang lain. Saya tiada masalah menerimanya sekiranya sekadar memberikan nasihat. Tetapi, apabila apa yang diperkatakan boleh menimbulkan f1itnah, saya tidak boleh maafkan. Jika keterlaluan, tunggu surat sam4n.
“Saya tak mampu berdiam diri kerana fitnah yang dilemparkan memberi kesan kepada psikologi saya dan keluarga. Saya simpati dengan keluarga apabila mereka diheret dalam permasalahan saya. Hormatilah ibu bapa, nenek dan adik-beradik saya. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan, terutama ibu yang kini sedang melanjutkan pelajaran. Bagaimana ibu nak berdepan dengan rakannya apabila timbul f1itnah tidak berasas,” katanya kepada BH Online.1
Nadia berkata, lebih membuatkannya ger4m apabila netizen bertindak seperti sudah lama mengenalinya dan sesuka hati melemparkan kec4man.
“Mungkin tiada siapa mahu mengambil tahu hal peribadi saya jika bukan artis. Sekarang ramai yang sibuk ingin masuk campur dan seolah-olah tahu apa yang berlaku pada rumah tangga saya dengan suami, Muizz Nasruddin.
“Paling saya geram, ada yang baru dua tiga kali berjumpa saya tetapi ‘acah-acah’ sudah lama mengenali dan memf1itnah tanpa tahu hujung pangkal. Walaupun f1itnah yang dilemparkan tidak langsung menyebut nama, tetapi saya tahu orang yang dimaksudkan adalah saya.
“Jika sesiapa mahu menuduh saya cur4ng, terpulanglah kepada hak mereka. Tetapi, saya percaya selagi mahkamah tidak tentukan betul atau tidak, ia hanya spekulasi semata-mata. Kita ada undang-undang, jadi janganlah bersikap melampau. Jangan dijolok sarang tebuan, tak pasal-pasal dapat surat sam4n,” katanya.
Berita keretakan rumah tangga Nadia dan suaminya, Muizz dihidu berantakan, sejak beberapa bulan lalu. Oktober lalu, Muizz membuat pendedahan mereka sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung. Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November, tahun lalu namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Sumber : Berita Harian
Leave a Reply