Niat Larikan Diri Naik Kapal Tongkang Gag4l, Sekali Pembantu Rumah Betty Rahmad Muncul Semula

SEBELUM INI Pelakon dan adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Umie Aida, Betty Rahmad meluahkan rasa kecewa apabila menyedari pembantu rumahnya lari di kala mereka sekeluarga baru bangun dari tidur.

Menerusi laman sosial Instagram, Betty memuat naik dua keping foto bersama anaknya Ardy Wira tanpa bantuan pembantu rumah yang dikenali sebagai Anim.

“Officially maidless. Sedihnya bangun tidur harini pembantu kami dah tiada. Tak sangka. Alasan dia pergi sebab nak balik kampung bulan ni dan kami tak bagi.

“Bukan sengaja tak bagi, dengan Covid yang tengah teruk sekarang ni macam manalah nak balik dan masuk sini balik,” tulis Betty di ruangan kapsyen.

Tambah memilukan apabila pembantu rumahnya mahu pulang mengikut ‘jalan belakang’ iaitu menaiki kapal har4m.

Malah, dia dan suami meminta Anim untuk pulang ke kampung Januari tahun depan dengan menaiki kapal terbang memandangkan permit pekerjaannya juga baru diperbaharui.

“Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk dan ganti untuk kami. Anim, saya tahu kamu baca ni, terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu berbahagia dengan keputusan kamu,” tulis Betty lagi.

Di ruangan komen, Betty menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan selebriti dan pengikutnya.

“Ya Allah sabar k @bettyrahmad. Maid memang macam ni. Susah nak percaya walaupun you layan baik, belum tentu dia balas ikhlas baik,” pujuk pelakon Linda Rafar.

“Alahai, kesian Wira. Tabahlah ya mummy. Semoga cepat bertemu penyelesaiannya,” tulis pelakon Nadiya Nisaa.

“Allah, apa kita boleh buat. Mungkin bukan salah maid dia pun, maybe keluarga maid tu rayu suruh balik ke apa. Bukan salah sesiapa pun,” komen seorang wargamaya.

“Awak nampak tenang. Allah beri banyak kesabaran pada awak. It’s okay dear, stay strong. Apa yang boleh dibuat kat rumah tu pelan-pelan, sikit-sikit tak payah nak pening-pening kepala,” kata seorang wargamaya.

“Inilah masalah ibu yang bekerja dan tiada pembantu keesokan harinya. Semoga Wira dan mummy baik-baik sahaja,” ujar seorang wargamaya lagi.

Pembantu Rumah Betty Rahmad Muncul Semula

Pelakon Betty Rahmad akhirnya berjaya bertemu semula dengan pembantu rumahnya yang didakwa melarikan diri pada bulan lepas.

Menurut Betty, hasrat orang gajinya, Anim yang mahu pulang ke Indonesia melalui jalan ‘belakang’ tidak berjaya.

“Misi pulang ke kampung menaiki kapal tongkang nampaknya gagal. Penat aku menangis risau bayangkan dia dalam kapal sayur balik kampung sebelum ni haih.

“Kadang-kadang manusia buat keputusan tak fikir panjang. Tak apalah tutup mata, maafkan dan fikirkan jasa dan kebaikan,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Betty turut memuat naik gambar dirinya sekeluarga bersama Anim yang disifatkan bagaikan jejak kasih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

 

 

Menurut Betty lagi, dia juga membenarkan pembantu rumahnya itu pulang ke Indonesia dengan cara yang betul.

“Dipendekkan cerita, esok (hari ini) baru dapat balik naik fkapal terbang InshaAllah secara sah dan dengan surat kebenaran daripada majikan.

“Doakan semua urusan dia dipermudahkan dan dapat jumpa dengan keluarganya dengan selamat InshaAllah Amin.

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Betty yang disifatkan sebagai majikan yang cukup baik hati.

Sebelum ini, Betty meluahkan rasa sedih apabila pembantunya itu didakwa melarikan diri selepas mel4rangnya untuk pulang ke kampungnya ekoran pand-emik Cov-id-19.

Sekadar info, Betty mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis, 32, pada Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan bahagia itu dikurniakan cahaya mata, Ardy Wira pada 19 Januari 2019.

Kredit: trendingsangat.pw

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*