
Membina kesetiaan dalam sesebuah perhubungan memakan masa yang lama selain perlu melalui pelbagai duga4n. Dalam pada itu, saling mempercayai sesama sendiri juga merupakan elemen penting bagi mencapai kebahagiaan berpanjangan.
Akan tetapi, segala-galanya umpama musnah begitu sahaja sekiranya wujud k0nflik khususnya melibatkan kehadiran orang ketiga. Ibarat hati sedang berk3cai seribu, itulah pengalaman duk4 yang dilalui oleh seorang gadis ini.
Daripada rakaman pendek yang sudah meraih lebih 200 ribu tontonan ini, pengguna akaun TikTok @miezanaszree dilihat gagal menah4n seb4k selepas mendapati teman lelaki bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Lebih memeritkan jiwa lagi apabila dia melihat sendiri hal itu berlaku di depan mata sekali gus merasakan seperti cintanya tidak dihargai.
Walhal, jejaka tersebut sudah pun dianggap sebagai insan bermakna untuk meluahkan masalah ketika susah atau senang. Tidak ketinggalan, dia berharap semoga dirinya terus kuat berhadapan dengan ujian besar berkenaan.
Semoga ak terus kuat 💔😔
Menjengah ke ruangan komen, netizen juga sama-sama meluahkan sebak menyaksikan situasi gadis ini. Selain memberikan kata-kata semangat, ramai dilihat mendoakan moga-moga ada jodoh lebih baik menantinya kelak.
Sumber : TikTok miezanaszree
Leave a Reply