Pengantin lelaki menngis baca mesej dihantar sahabat mulut l4ser malam pertama selepas nikah

JARANG-jarang sekali kita melihat lelaki men4ngis dan jika air mata itu j4tuh pastinya ada sesuatu yang amat menyentuh perasaannya.

Begitulah yang dialami seorang pengantin lelaki yang sebak apabila menerima mesej panjang daripada seorang sahabat, memberi nasihat buat dirinya yang kini bergelar suami dalam menempuh alam rumah tangga.

“Malam tadi sebelum nak tidur, dapat pesan daripada sahabat, speechless teruk aku. Sedih, nangis, sebak wehh. Tahniah dan takziah buat diri sendiri.

“Semoga dipermudahkan, diberkati perkahwinan dan dapat berjumpa di syurga Allah kelak,” tulis seorang pemuda sambil berkongsi paparan mesej yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp, di laman Twitter.

Mesej berbentuk nasihat daripada seorang sahabat mengundang sebak pengantin lelaki.

Pengantin lelaki itu, Al-Amin Rosdiyanto berkata, dia bernikah pada Jumaat lalu di Batu Pahat, Johor dan mesej daripada sahabatnya itu diterima pada malam hari yang sama.

Mengulas mengenai perkongsiannya di laman sosial, pemuda berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa ucapan tahniah dan takziah itu ditujukan kepada diri sendiri kerana telah mendirikan rumah tangga.

“Saya kenal isteri di sekolah menengah sejak 2009. Maksud takziah pun saya tujukan untuk diri sendiri sebab saya kini sudah memikul tanggungjawab yang besar sebagai suami dan akan dipersoal di akhirt kelak terhadap tanggungjawab baharu saya.

“Kiranya perkahwinan ini bukanlah melalui detik-detik indah sahaja. Apa yang berlaku pada masa akan datang bersama isteri tidak diketahui apa ujian atau dugan yang akan dilalui bersama,” katanya kepada mStar.

Nasihat-nasihat yang memberi kesan amat mendalam buat pengantin lelaki.

Mengenai mesej yang dikongsikan, Al-Amin dari Johor Bahru berkata, dia mengenali sahabatnya yang lebih mesra dengan panggilan Botak sejak di sekolah menengah pada 2013.

“Saya dapat mesej pada malam pertama saya berkahwin. Saya ni hati tisu bab kawan ni. Sedih sebab saya tak sangka dia akan bagi nasihat tentang rumah tangga macam tu sekali.

“Personaliti dia dalam teks tersebut tak sama dengan diri dia yang saya kenal. Lagipun dia pun dah kahwin tahun lepas dan sudah mempunyai anak seorang,” katanya.

Al-Amin berkata, sahabatnya itu mempunyai personaliti yang ceria dan suka bergurau dengan rakan-rakannya.

Al-Amin mengenali isterinya sejak 2009. Foto Irfan Dzahier

“Tahan telinga sajalah sebab dia memang kuat ‘membah4n’ orang dan agak laser mulut dia. Dalam circle kami, memang ada lagi empat hingga lima orang yang mulut ‘pu4ka’ sikit.

“Bila libatkan hubungan sahabat, saya akan cari dia dahulu kalau memerlukan pertolongan. Tidak kira masa atau di mana, dia selalu ada bila diperlukan,” katanya dengan nada sebak.

Bila libatkan hubungan sahabat, saya akan cari dia dahulu kalau memerlukan pertolongan. Tidak kira masa atau di mana, dia selalu ada bila diperlukan.

AL-AMIN ROSDIYANTO

Menurut anak kelima daripada lapan adik-beradik itu, dia mengalirkan air mata sewaktu membaca mesej tersebut berikutan kandungannya memberi kesan yang amat mendalam.

“Saya terkesan sangat dengan pesanan dia dari point pertama sehingga habis. Setiap ayat dalam teks tu saya hayati satu-persatu.

“Kesan yang paling mendalam buat saya adalah point kedua mengenai saya sebagai suami. Pagi saya nikah tu, semasa membaca lafaz taklik… saya terkedu dan agak tersangkut semasa sebut bahagian meninggalkan isteri dan mencederakan tubuh badan isteri,” ujarnya.

Al-Amin turut berkongsi mesej berkenaan bersama isterinya. Foto Irfan Dzahier

Al-Amin yang merupakan penolong juruukur bahan turut berkongsi mesej tersebut bersama isterinya, sehari selepas mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri.

“Isteri pun sedih juga dan akan mempraktikkan segala nasihat-nasihat dalam mesej tersebut. Dan setiap kali saya tengok tweet tersebut dan reaksi netizen yang highlight pasal persahabatan dan brotherhood antara saya dengan Botak, mata saya akan berkaca,” katanya.

Sumber : M star

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook   satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*