‘Ada Rezeki Dapatlah Duit’, Wanita Selongkar Sampah Demi Cari Rezeki. Sehinggalah Lelaki Ini Datang

 

” Aku dah niat, pagi ni, nak belikan ayam, sedekahkan kat sesiapa yang aku jumpa.”

Demikian luahan individu bernama Pe Chey di Facebook beliau di mana perkongsiannya telah menyentuh hati ramai dan meraih lebih 3 ribu tanda suka dan beratus ‘shares’.

Bertugas sebagai seorang guru, Pe Chey sering berkongsi kisah dan realiti sebenar kehidupan masyarakat kita.

Dalam perkongsian terbaru, beliau menceritakan bagaimana beliau pada awalnya cuma berniat untuk bersedekah, namun akhhirnya dipertemukan dengan insan yang sangat memerlukan.

“Ada rezeki, dapatlah duit, bolehlah beli makanan..”

” Sedang elok tadi, masa nak balik dari kedai, aku jumpa kakak ni dekat timbunan sampah. Beliau ralit mengasingkan sampah yang mungkin boleh dijual bagi mendapatkan duit.

” Assalammualaikum kak, saya nak bagi ayam ni. Bolehlah buat lauk makan. Ada orang sedekah. Akak ambillah ye.”

” Ya Allah dik, terima kasih banyak. Dapatlah makan lauk ayam malam nanti. Siapa adik dik?”

” Saya duduk depan nun. Doakan saya ye kak, doakan juga pada mereka yang bersedekah.”

” Allahuakbar, semoga murah rezeki kau dik. Murah jugalah mereka yang bersedekah. Akak kat sini jelah, cari barang yang boleh dijual. Ada rezeki, dapatlah duit, bolehlah beli makanan.’

Kakak menggenggam erat plaatik berisi ayam seekor yang aku berikan. Entah apalah nak dimasaknya nanti. Semoga kenyang perutnya, dapatlah tidur lena nanti malam.

” Nak hidup dik. Terpaksalah kerja-keras.”

” Betul kak. Semoga akak sihat selalu. Jangan lupa bawak balik ayam tu. Boleh masak.”

Kakak itu pun melambai. Tangannya diangkat.

Jelas bibirnya kumat kamit berdoa, bersyukur.

Aku renung muka kakak tu. Redup wajahnya, menyimpan seribu kisah tak tercerita. Mana mungkin kalau beliau mampu untuk hidup senang, bergelumang di tempat longgokan sampah yang berbau harum semerbak ini.

Namun, inilah kehidupan. Ada indah, ada dukanya. Tiada siapa yang minta kesusahan, namun kepayahan itulah guru kehidupan.

Aku pulang membawa kegembiraan di hari ulang tahun hari ini. Hati lapang melihatkan senyuman kakak yang tak pernah gundah harungi dugaan yang terpaksa ditempuhi.

Aku dongak ke langit, bermonolog.

” Tuhan, andai kau datangkan kebahagiaan padaku hari ini, anugerahkan juga kepada semua yang membaca apa yang aku kongsikan.”

Demi perut yang perlu diisi..

Mempunyai ‘followers’ lebih 21 ribu, perkongsian Pe Chey juga meraih komen dari pengikutnya yang bersimpati dengan nasib wanita tersebut.

” Ya.. begitulah, demi perut yang perlu diisi. Jika tiada pilihan, mungkin ini juga menjadi pekerjaan kita. Amanah dan tanggungjawab yang perlu dijaga. Susah sini, moga2 senang di sana. Orang pandang hiina, insyaAllah mulia di sisi DIA,” tulis Murni

” Bahagia saya rasa cikgu sampai saya terkesat mata. Tetiba basah airmata. Airmata syukur namanya. Hidup kita berkisarkan mereka dan bukan kita sahaja,” tulis Lidya

Sumber:FB Pe Chey via transformasi

 

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*