Cikgu sanggup redah hujan lebat demi anak murid… Suami dedah apa yg berlaku

 

PROSES pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan norma baharu ketika ini bukan perkara mudah lebih-lebih lagi tidak semua pelajar mempunyai akses kepada internet.

Tidak mahu anak didiknya ketinggalan dalam pelajaran, Noor Aniza Che Soh yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal dekat Kemaman, Terengganu sanggup meredah hujan demi memastikan bahan pembelajaran sampai ke tangan anak muridnya.

Kegigihan guru berusia 39 tahun itu mendapat pujian netizen apabila posting suaminya, Wan Ridhuan Muhammad yang turut menemaninya pada Jumaat lalu menjadi tular.

Menurut Wan Ridhuan, masalah capaian Internet dalam kalangan pelajar mendorong isterinya mengambil inisiatif tersebut.

Gelagat Cikgu Aniza yang berjaya dirakam suaminya.

“Isteri saya mengajar murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) cikgu terp4ksa mengajar secara dalam talian (Google Meet).

“Namun ramai pelajar isteri saya mengalami masalah talian internet. Ada antara mereka tidak dapat menduduki pembelajaran dalam talian. Bimbang dengan keadaan itu, isteri saya ambil keputusan untuk mengedarkan bahan pembelajaran ke rumah pelajar.

“Jadi dia pun ajak saya untuk menemaninya. Saya sebagai suami yang juga seorang pendidik ikutkan sahaja asalkan niat hatinya tercapai,” katanya kepada mStar.

Sebenarnya mengajar dari rumah bukan mudah. Ramai beranggapan cikgu makan gaji buta tapi hakikatnya kami sentiasa fikirkan tentang pelajar dan inginkan yang terbaik untuk mereka.

WAN RIDHUAN MUHAMMAD

Guru

Jelas Wan Ridhuan, mereka mengambil masa selama hampir empat jam untuk menyerahkan modul pembelajaran itu kepada seramai 38 anak murid isterinya.

“Ada tujuh perhentian yang perlu dilalui antaranya Kampung Ibok, Kampung Bukit Anak Dara, Kampung Meraga Beris, Kampung Kijal, Kampung Telok Kalong dan Kampung Bukit Kuang.

Cikgu Aniza bimbang anak muridnya ketinggalan dalam pelajaran kerana ada diantara mereka yang tiada akses kepada Internet.

“Jarak antara rumah kami dengan pelajar paling dekat 10 kilometer dan paling jauh hampir 21 kilometer. Mana-mana rumah yang senang masuk kami hantar terus, yang jauh ke dalam kami minta anak murid keluar ke tempat yang mudah nak hulur semua soalan.

“Masa kami mula bertolak dari rumah tu cuaca cerah tapi dalam perjalanan ke lokasi pertama dah start hujan. Walaupun hujan lebat isteri saya kata hujan pun hujan lah, asalkan niatnya tercapai. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” katanya.

Pada masa sama, Wan Ridhuan yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman percaya bukan sahaja isterinya, malah semua guru mahu melakukan yang terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar masing-masing.

“Sebenarnya mengajar dari rumah bukan mudah. Ramai beranggapan cikgu makan gaji but4 tapi hakikatnya kami sentiasa fikirkan tentang pelajar dan inginkan yang terbaik untuk mereka.

“Setiap masa kami akan guna apa sahaja kaedah untuk pastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Tidak dinafikan pengajaran dan pembelajaran secara lebih bersemuka adalah lebih efektif.

Cikgu Aniza gembira dapat menunaikan hasratnya itu.

“Begitu juga isteri saya mahukan yang terbaik untuk anak muridnya. Setiap kali jumpa mereka, isteri akan pesan ‘jangan lupa buat dan siapkan, nanti cikgu kutip semula’. Jadi Jumaat ni saya akan teman isteri kutip semula dan akan berikan modul lain kepada pelajar,” katanya.

Malah kata bapa kepada empat anak itu, dia gembira setelah melihat isterinya tersenyum lebar selepas selesai menyerahkan bahan pembelajaran itu kepada semua anak muridnya.

“Selesai saja hantar semua modul nampak kepuasan dan kelegaan pada wajahnya. Dia tersenyum sebab hajatnya tertunai. Semoga usahanya membuahkan hasil,” katanya.

Mengenai kisah isterinya yang tular itu, Wan Ridhuan berkata posting tersebut dikongsinya untuk dijadikan kenang-kenangan.

“Saya post dalam Facebook saya sekadar untuk kenang-kenangan. Tak ada niat apa-apa jauh sekali untuk viralkan. Saya sendiri pun tak tahu post tu tular sehinggalah ada rakan-rakan yang tag dan hantar screenshot kepada saya.

Cikgu Aniza akan mengutip tugasan dan menyerahkan modul baharu pada Jumaat ini kepada anak muridnya.

“Kadang-kadang risau juga bimbang orang salah anggap usaha kita. Usaha tu sebenarnya inisiatif isteri yang bimbang jika semasa pembelajaran atas talian sukar untuk anak muridnya dapat faham 100 peratus atau tak,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

“Tahniah cikgu. Semoga usaha cikgu dapat membuahkan hasil. Buat semua anak murid hargailah pengorb4nan gurumu sanggup mengharungi apa jua halangan demi kejayaanmu,” kata Surayah Lee.

“Menitis air mataku melihat budi rakan guru ni. Semoga Allah berikan tempat yang terbaik di sana nanti,” kata Hajar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*