Tak Sampai Seminit Buka Mask, Pelakon Lelaki Didnda RM1,000

 

Gara-gara membuka pelitup muka di tempat awam walaupun tidak sampai seminit, seorang pelakon lelaki Mustaqim Bahadon mend4kwa dirinya dikenakan denda RM1,000. Kisah itu dikongsikan oleh Mustaqim di laman Instagramnya.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, kejadian tersebut berlaku ketika aktor yang dikenali dengan nama Mustaqim Bahadon berada di hadapan kedai gunting rambutnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, ketika itu dia berada di luar kedai untuk menghis4p v4pe sebelum disapa pihak berkuasa.

Saya sedang menunggu giliran untuk gunting rambut sebenarnya. Sementara menunggu pekerja saya menggunting rambut pelanggan, saya keluar dari kedai yang hanya dua langkah sahaja untuk menghis4p rokk elektr0nik (v4pe).

Tak sampai seminit, saya disapa oleh pihak berkuasa yang meminta kad pengenalan dan terus mengeluarkan sam4n terhadap saya.

Mustaqim mendedahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram

Sementara itu, pihak berkuasa terbabit menjelaskan kepada Mustaqim bahawa denda tersebut dikenakan kerana dia gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam.

Mendengar penjelasan itu, Mustaqim memberitahu mereka bahawa dia hanya menanggalkan pelitup muka itu dalam tempoh yang sangat singkat iaitu tidak sampai seminit. Tambahan pula, dia bukanlah berada di tempat sesak sebaliknya hanya dia seorang sahaja berada di luar kedai tersebut.

Saya tak salahkan pihak berkuasa kerana mereka hanya menjalankan tugas. Selama ini saya memang ikut SOP dan pakai pelitup muka bila berada di tempat awam, cuma nasib saya tidak baik pada waktu kejadian.

Dalam kesempatan itu juga, Mustaqim menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi semua peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Kosmo OnlineMustaqim Bahadon via ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*