Baru Je Ellie Suriaty Kritiik, Sekali Fasha Sandha Pula Beri Komen Padu

 

PENCAPAIAN Mael Totey The Movie (MTTM) yang berjaya mencipta rekod tersendiri turut menarik perhatian pelakon terkenal Fasha Sandha dengan memuji karya pengarah muda iaitu Syahmi Sazli.

Akui Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, dia sangat terhibur dengan jalan cerita dan lawak bersahaja Mael yang dilakonkan oleh Syahmi.

Fasha berkata dia tidak menilai daripada sudut pembikin atau penghasilan yang sempurna namun menghargai filem itu yang menghiburkan penonton dalam keadaan pandemik Cov1id-19.

Fasha kongsi pendapatnya mengenai filem MTTM di laman sosialnya.

“Sejujurnya saya dan keluarga amat terhibur dengan MTTM sebab itu saya ada kongsikan di Instagram baru-baru ini.

“Bukan mudah tau nak buat orang ketawa dan saya amat terhibur dengan lawak bersahaja karakter Mael tu sendiri. Saya tak pandang daripada sudut film maker dan aspek penghasilan yang sempurna.

“Jika karya itu dapat membuatkan kita terhibur dan ketawa, saya hargai. Yelah… dalam keadaan pandemik ni, ada orang yang stre3ss. Sekurang-kurangnya cerita ringan ni dapat membuatkan kita gembira,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu pernah memberi ulasan percuma mengenai filem tersebut di Instagram miliknya.

Saya tidak mahu komen mengenai isu Ellie Suriati yang memandang daripada sudut lain.

FASHA SANDHA

PELAKON

Menerusi laporan mStar pada Ahad lalu, MTTM berjaya mengutip sebanyak RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari di Astro First sekaligus menjadikan ia filem paling laris mengalahkan Polis Evo dan Hantu Kak Limah.

Filem yang menampilkan pelakon istimewa antaranya Asif Suhaimi, Yoe Parey, Bedul dan Yatin itu mendapat kriti1kan daripada pengarah dan penerbit Ellie Suriati yang menilainya daripada aspek teknikal pembikinan.

Ellie ketika ditemu bual dengan mStar pada 12 November lalu berpendapat kejayaan filem MTTM itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Kutipan MTTM mengalahkan filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah.

Dalam pada itu, Fasha yang juga pelakon drama Dua Takdir Cinta ini enggan mengulas mengenai krit1ikan Ellie kerana beranggapan setiap orang berhak menyuarakan pandangan.

“Saya tidak mahu komen mengenai isu Ellie Suriati yang memandang daripada sudut lain. Bagi saya, setiap orang berhak memberi pandangan masing-masing.

“Saya hanya meletakkan diri sebagai penonton yang sangat terhibur dengan filem itu. Ini bukan kali pertama saya kongsi pendapat fasal movie yang saya tonton.

“Selalunya apabila saya tonton movie yang best, memang saya akan kongsikan dengan pengikut terutamanya karya tempatan,” ujarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber : Mstar | MEDIAVIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*